Mahmudah vs Mazmumah


بسم الله الرحمن الرحيم

Artikel diekstrak dari Majalah Solusi Isu 36.
Solusi Isu 36

Majalah Solusi - Isu 36

Mahmudah (Bangun Awal)

Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat al-Tabarani)
Siapa sangka di sebalik saranan Nabi s.a.w. supaya bangun awal pagi untuk beribadah pada-Nya, terselit hikmah kesihatan dan magnet menarik rezeki. Mengapa begitu?
Ini kerana mereka yang bangun awal dapat memulakan hari dengan lebih bertenaga dan bermotivasi untuk melakukan kerja seharian. Bagi pelajar, belajar dan mengulangkaji pada awal pagi lebih memberikan suasana yang segar dan nyaman untuk menerima ilmu. Tetapi harus diingat, bagi mendapatkan dan memulakan hari dengan baik, tidur yang cukup harus diutamakan.
Mereka berada dalam golongan yang berjaya dengan bijak mengatur masa. Mereka bangun seawal pagi bagi mengambil keberkatan, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya irang yang bertakwa ditempatkan dalam taman-taman syrga, dengan mata air – mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu orang yang berbuat demikian. Mreka sentiasa mengambil sedikit sahaja malam dari waktu tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristigfar kepada Allah (memohon ampun)“. (Surah al-Dhariyat 51: 15-18)
Berhati-hatilah dalam memberi masa tidur kepada diri sendiri. Tidur yang mencukupi sekitar 6-8 jam sehari. Sekiranya tidur kurang atau lebih daripada itu, badan akan letih dan lesu.
Bangun Lewat
Jika difikirkan tentang tanggungjawab yang perlu diselesaikan sehari-hari sudah tentu kita tidak mahu terlewat bangun tidur. Kata-kata Imam Hasan al-Banna bahawa tanggungjawab yang perlu dilunasi melebih masa yang ada, harus direnungi. Sayangnya, apabila ada juga yang mengambil kesempatan hari cuti sebagai masa untuk “membalas dendam”, lalu tidur sehingga terlebih batasan waktu.
Bayangkan setiap hari kita habiskan masa dengan menonton televisyen atau berembang perkara yang sia-sia sehingga lewat malam ataupun melayari Internet tanpa tujuan baik yang jelas, hasilnya bukan sahaja kita terlewat tidur dan bangun tidur, malah kita melakukan solat Subuh “gajah”! Lbih sedih lagi, solat Subuh tersebut luput ditelan waktu, langsung tidak diganti tanpa berasa bersalah. Esok pula diulangi perbuatan yang sama kembali.
Mengapakah ini berlaku? Sedarkah bahawa ini perkara mazmumah yang kita buat sehari-hari? Adakah kerana ia telah biasa dilakukan sehingga menjadi tabiat? Maka, mulakan esok dengan hari baru yang lebih memberi manafaat.
Marilah membuat perubahan adan teruskan membaiki diri serta mengajak orang lain untuk membaiki diri mereka. Semoga hidup kita lebih diberkati Allah dan terhindar daripada gologan yang rugi.
Sesiapa yang amalannya pada hari ini lebih baik daripada semalam, dia adalah orang yang beruntung. Sesiapa yang amalannya ada hari ini sama dengan hari semalam, dia daripada golongan yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, dia tergolong dalam golongan yang dilaknat oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)
Hasil penulisan:
Haji Zainuddin Ali
Malajah Solusi – Isu 36

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s