Dosa Syirik


بسم الله الرحمن الرحيم

Dosa Syirik

Mempercayai perkara syirik mengundang kemurkaan ALLAH dan membawa kepada kehinaan. Sebagaimana yang di ketahui, syirik adalah dosa paling besar antara dosa-dosa besar lain. Antara bukti betapa besarnya dosa syirik ialah:

  1. ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik.
    Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni oleh ALLAH di akhirat kelak jika seseorang itu tidak memohon ampun kepada-NYA semasa hayat. Hakikat ini diwahyukan oleh ALLAH dalam firman-NYA:
     Maksudnya:
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” Surah An-Nisa’: 48
  2. Merosakkan amalan
    Walaupun banyak janji ALLAH tentang kelebihan atau fadilat sesuatu amalan, namun kita harus peka bahawa syirik juga boleh memusnahkan sesuatu amalan yang dilakukan. Sebagaimana firman ALLAH:
    Maksudnya:
    Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.” Surah al-Zumar: 65
  3. Menjadi hamba yang hina
    Tersangatlah hina darjat mereka yang syirik. Mereke seolah-olah seperti sesuatu yang jatuh dari langit lalu disambar oleh burung dan diterbangkan oleh angin ke tempat yang sangat jauh. Hal ini dinyatakan oleh ALLAH di dalam firman-NYA:
    Maksudnya:
    (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).” Surah al-Haj: 31
  4. Diharamkan masuk syurga
    Dosa syirik menjadi penyebab utama seseorang diharamkan daripada memasuki syurga dan dia kekal di dalam neraka selama-lamanya. Firman ALLAH:
    Maksudnya:
    Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim“. Surah al-Maidah:72
  5. Zalim
    Mereka yang syirik dianggap zalim kerana telah mengurangi hak ALLAH dan menyamakan-NYA dengan makhluk lain. Sebagaimana nasihat Luqman kepada anaknya:
    Maksudnya:
    Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar” Surah Luqman: 13

Oleh itu jauhilah segala perbuatan syirik yang menjadikan kita sehina-hina manusia serta sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian daripada ALLAH SWT.

Sumber:

Mutiara Akidah & Ibadah – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s