Kisah Nabi Daud


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Ingin aku berkongsikan serba sedikit apa yang aku baca dari sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Afif Abdul Fathah Thobbaroh.

Kisah Nabi Daud

1. Tempat Tinggal Kaum Ad dan Keturunan Mereka

Al-Quran ada menceritakan tentang kaum Ad dalam firman-Nya:

“Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah “Al-Ahqaaf””

Al Ahqaf merupakan perkataan jamak, kata tunggalnya ialah Haqfun bererti ar rimal iaitu pasir-pasir. Al-Quran tidak menyebut secara pasti, tetapi para pengkaji sejarah mengatakan bahawa AlAhqaf terletak di antara Yaman dan Aman sehingga sampai Hadramaut dan As Syajar.

Ad telah mendirikan sebiah kota yang dinamakan Iram(1) sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran:

“(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka), Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)”

Ahli sejarah berpendapat berdasarkan kepada kajian yang dibuat, kota Iran terletak di gunung Ram, 25 km dari Aqabah. Mereka telah menemui peninggalan Jahilliah Kuno di tepi gunung tersebut. Mereka juga menyebut bahawa kaum Ad adalah penyembah tiga berhala iaitu Shada, Shamud dan Al Haba. (2)

Inilah perbahasan secara ringkas mengenai kaum Ad sebagai pendahuluan sebelum kita memasuki perbahasan Nabi Hud.

2. Dakwah Ke Jalan Allah

Nabi Hud menyeru kepada kaum baginda untuk beribadat kepada Allah semata-mata dan meninggalkan segala bentuk penyembahan terhadap berhala. Ini kerana perkara itu merupakan petunjuk yang harus diikuti untuk menghindari seksaan pada hari Kiamat.

Allah berfirman:

“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? “”

“Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah “Al-Ahqaaf”, – sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya dan yang datang sesudahnya – (dengan berkata): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya)”.”

Kaum Ad beriktikad bahawa berhala-berhala itu merupakan sekutu Allah dan boleh memberi pertolongan di sisi Allah. Oleh itu, Nabi Hud menasihati mereka dengan berkata: “Kamu semua berbohong dalam pengakuan kamu itu, kerana tidak ada sesuatu yang patut disembah kecuali Allah.

Allah berfirman:

“Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).”

Tetapi, apakah hasil yang boleh diperolehi dari kaum Ad? Mereka menghina Nabi Hud dan meremahkan baginda. Mereka menganggap Nabi Hud sebagai orang bodoh, tidak berakal dan berbohong.

Nabi Hud membantah tuduhan dan anggapan mereka itu dengan mengatakan bahawa dia adalah seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya baginda tidak mempunyai motivasi lain dalam dakwahnya kecuali untuk memberi nasihat kepada kaumnya agar mereka menyembah Allah.

Firman Allah dalam Al-Quran:

“Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: “Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan, dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta”. Nabi Hud menjawab: “Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan(4), tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. “(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.”

3. Menyebut Nikmat Allah

Nabi Hud meneruskan berdialog dengan kaumnya untuk membawa mereka ke jalan yang benar dengen menyebut nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka. Baginda berkata: “Apakah kamu semua merasa hairan dan terasing sekiranya datang nasihat dan peringatan dari Tuhanmu yang telah disampaikan oleh salah seorang daripada kamu, mengingatkan kepada kamu semua tentang akibat yang buruk disebabkan oleh kesesatan yang kamu lakukan?

Apakah kamu tidak merasa atau sudah lupa, bahawa Allah telah memberi kepada kamu semua pewaris-pewaris dunia ini selepas kaum Nabi Nuh (yang telah dihancurkan Allah kerana dosa-dosa mereka). Allah telah memberikan kelebihan kekuatan jasmani dan kekuasaan kepada kamu semua daripada mereka. Itu semua merupakan nikmat daripada Allah. Oleh itu, secara logiknya kamu semua mesti beriman kepada Allah dan mensyukuri nikmat itu. Janganlah kamu ingkar dan kufur kepadaNya. Maksud nasihatku ini ialah supaya kamu semua mengingati dan mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu semua agar kamu mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.”

Firman Allah:

“Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya”.

Akan tetapi, kaum Nabi Hud tidak mahu mensyukuri nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka. Malahan mereka ini telah dikuasai oleh hawa nafsu dan bersikap sombong di dunia ini.

Maka Nabi Hud berkata kepada mereka: “Apakah maksud kamu semua dengan mendirikan bangunan pencakar langit yang tidak berfaedah pada tanah tinggi hanya untuk kebanggaan dan kesombongan. Kamu juga membina benteng-benteng dan istana yang besar serta kukuh seolah-olah kamu akan kekal di dunia ini. Apabila marah, kamu akan menyeksa engan kejam tanpa belas kasihan sedikit pun. Semua itu kamu lakukan dengan penuh kesombongan. Takutlah kepada Allah, turutlah perintah-Nya dan ikutilah aku yang mengajak kamu mengikut petunjuk yang benar. Hai kaumku, bertakwalah kepada Allah yang telah memberi segala kebaikkan kepada kamu berupa anak-anak, binatang ternakan, kebun-kebun dan air. Janganlah nikmat Allah ini kamu balas dengan kekufuran, kesombongan, dan kekejaman yang mengakibatkan kamu mendapat seksaan dan kehancuran.

Firman Allah:

“Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan(5) yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng(6) yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya. Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai), Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir). Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)”.

4. Dialog Dengan Penyembah Berhala

Kaum Ad meragui malahan tidak mahu menerima dakwah Nabi Hud. Pemimpin-pemimpinnya merasa keberatan untuk meninggalkan penyembahan berhala. Kemudian mereka berkata kepada Nabi Hud: “Engkau belum mengemukakan hujah yang jelas dalam dakwahmu itu. Kami sama sekali tidak akan meninggalkan penyembahan kepada tuhan-tuhan kami, tidak akan memebenarkan dan mengikut ajakamu.  Kami tahu bahawa sebahagian daripada penyembahan kami menimbulkan keburukan kepadamu sehingga menyebabkan dirimu sakit kepada dan mengucapkan kata-kata yang tidak benar.”

Nabi Hud menjawab: “Aku bersaksi kepada Allah tentang kebenaran ucapanku. Sesungguhnya, lihatlah bahawa aku bebas daripada kekufuran. Himpunlah kekuatan dan sembahan-sembahan kamu, serta laksanakan tipu daya untuk menyeksaku secepatnya, kija kamu mampu. Aku tidak peduli dengan ancaman bunuh dari kamu semua, kerana aku bersandar kepada Allah yang menguasai persoalanku dan persoalan kamu semua.

Tidak ada satu pun yang hidup di dunia ini kecuali Allah menguasai dan memeliharanya. Sesungguhnya kamu semua mesti mengetahui bahawa perbuatan Allah tidak akan menyimpang dari kebenaran dan keadilan. Walaupun kamu menentang dakwahku, tentu tidak akan membahayakanku. Apa yang penting ialah aku telah menyampaikan risalah Allah kepada kamu semua. Perlu kamu ketahui bahawa Allah Maha Kuasa menghancurkan kamu semua dan mendatangkan kaum yang baru sebagai pengganti untuk mendiami daerah kamu. Ini kerana Tuhanku Maha Pemelihara segala sesuatu.”

Firman Allah:

“Mereka berkata: “Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu, dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu! Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu)”. Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu – Menyembah yang lain dari Allah. Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankan terus, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri. Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.”

Kemudian kaum Ad merasa bosan dan jemu kepada Nabi Hud dan dakwahnya. Mereka bosan dengan nasihat yang diberikan serta perintah untuk menyembah Allah dan mereka sama sekali tidak mahu untuk meninggalkan penyembahan mereka. Mereka juga tidak mahu mendengar peringatan dan ancamannya. Ketika itu berkatalah Nabi Hud kepada mereka: “Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah kedatangan azab Allah yang akan menimpa kamu semua.” Keadaan ini seperti apa yang diceritakan di dalam Al-Quran:

“Mereka berkata: “Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar. Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu”.

Di dalam ayat ini kita dapat lihat adanya penghambaan moral yang menguasai kaum Ad. Mereka bertaklid terhadap nenek moyang mereka sehingga membinasakan kebebesan berfikir dan memberi pendapat. Sebagaimana yang kita maklumibahawa betapa kuat hujah Nabi Hud ketika itu. Baginda memberitahu bahawa tuhan-tuhan mereka tidak lebih daripada nama-nama yang kosong dari hakikat kebenaran. Nama-nama itu tidak mengandungi apa-apa kekuatan pun dan tidak masuk akal ia dijadikan sembahan. Pada hakikatnya, patung itu juga tidak mempunyai apa-apa kekuatan dan kekuasaan.

5. Seruan Untuk Bertaubat.

Kaum Ad dilanda kemarau panjang. Perkara ini terjadi selepas Nabi Hud berdakwah dan mereka menentang serta tidak mahu mengikut ajarannya. Kemarau panjang itu merupakan peringatan kepada mereka bahawa saat datangnya azab sudah dekat. Pada ketika itu Nabi Hud menasihati kaumnya dengan berkata: “Berdoalah kepada Allah dengan memohon keampunan di atas segala dosa yang telah kamu semua lakukan, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Jika kamu semua melakukan sedemikian, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat. Maka perbanyakkan kebaikkan-kebaikkan, nescaya Allah akan menambah kekuatan kamu semua. Ingatlah, jangan sekali-kali kamu semua menentang seruanku untuk berbakti kepada Allah kerana perkara ini boleh menyebabkan kamu semua menjadi kufur dan berdosa besar.”

Firman Allah:

“Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!”

6. Keselamatan Orang-orang Mukmin dan Kehancuran Orang-orang Kafir.

Setelah dilanda kemarau panjang selama tiga tahun, Allah menurunkan azab kepada kaum Nabi Hud apabila mereka masih berterusan mengingkari risalah Nabi. Allah telah menyelamatkan Nabi Hud dan orang-orang Mukmin dari azab itu dan menghancurkan kaum kafir.

Firman Allah:

“Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras.”

Al-Quran tidak menceritakan cara Allah menyelamatkan Nabi Hud dan orang-orang Mukmin. Tetapi ahli sejarah berpendapat bahawa Nabi Hud terselamat apabila baginda meninggalkan kaumnya sesudah menemui jalan buntu dalam berdakwah, lantaran mereka tidak menerima dakwah baginda. Pemergian Nabi Hud diikuti oleh orang yang beriman dan mereka menuju ke Mekah. Baginda tidak tinggal lama di Mekah kerana tidak lama selepas peristiwa itu baginda wafat dan dikebumikan di sana.(7)

Firman Allah:

“Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, – Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?”

Firman Allah:

“Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), – ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; – Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.”


(1) Ibnu Khaldun berpendapat di dalam Kitab Tarikhnya bahawa tidak terdapat kota Iram. Kisah ini merupakan kisah Khurafat yang diambil dari penafsir yang tidak terkenal. Iram yang dimaksudkan di dalam Al-Quran adalah qabilah bukan daerah.

(2) Tarikh at Thabary, juz 1.

(4) Hal ini merupakan bantahan Nabi Hud di hadapan kaumnya secara spontan. Baginda membantah tuduhan mereka dengan sindiran, walaupun baginda mengetahui bahawa merekalah yang bodoh. Perkara ini merupakan ajaran etika dan tauladan yang bernilai.

(5) Istana yang menjulang tinggi, seolah-olah seperti bendera atau menara.

(6) Bendungan atau benteng.

(7) Sejarah Mekah oleh al Arzaqy, juz 1, m/s 30.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s