Kulit Bertukar Di Neraka


Assalamualaikum,

Mampukah anda membayangkan gambaran begini…

Ketika ahli-ahli neraka di bawa ke neraka, apabila sampai di muka pintunya langsung terbuka pintu-pintu itu dan disambut oleh para malaikat yang telah siap dengan tukul besinya, maka apabila telah masuk ke dalam neraka itu, tiap-tiap anggota badan itu merasakan seksanya sendiri, apakah panasnya api atau gigitan ular atau pukulan malaikatnya.

Jangan anda bayangkan pukulan para malaikat itu seumpama pukulan cota anggota FRU untuk menyuraikan tunjuk perasaan orang ramai atau rakyat jelata. Bukan begitu…

Pukulan malaikat adalah pukulan hebat. Maha hebat!!

Apabila ahli neraka itu dipukul oleh malaikat, segera tenggelamlah ia (ahli neraka) dalam api itu sedalam empat puluh tahun, belum juga sampai ke dasarnya. Kemudian dia dinaikkan oleh “wap api” ke atas untuk ulangi pukulan malaikat sehingga tenggelam kembali sedalam-dalamnya.

Tak mahu percaya? Atau gambaran ini lebih-lebih sangatkah? Anda rujuklah kitab “Tanbihul Ghafilin”.

Bagaimana pula kulit-kulit badan penghuni neraka itu? Ah… Amat ngeri untuk digambarkan. Ini bukan kisah-kisah kitab lagi. Ini adalah firman Allah SWT. Mari kita sama-sama dengarkan:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 56)

Apakah kata-kata tepat untuk digambarkan ‘kengerian itu. Cubalah anda hulurkan jejari anda kepada nyalaan api. Tak sempat terbakar jari anda itu sudah terasa peritnya.

Jadi bagaimana pula apaila sudah terguling-guling dan terbenam dalam api neraka jahanam?

Renung-renungkanlah….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s