Taat Kepada IbuBapa Adalah Satu Sebab Termakbulnya Doa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Telah menceritakan kepada kami Sa’I’d bin Abu Maryam telah menceritakan kepada kami Isma’I’ll bin Ibrahim bin ‘Uqbah dia berkata telah mengabarkan kepadaku Nafi’ dari Ibnu Umar r.a dari Rasulullah SAW beliau bersabda: “Suatu ketika tiga orang lelaki sedang berjalan, tiba-tiba hujan turun hingga mereka berlindung ke dalam suatu gua yang terdapat di gunung. Tanpa diduga sebelumnya, ada sebongkah batu besar jatuh menutup mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Kemudian salah seorang dari mereka berkata kepada temannya: ‘Ingat-ingatlah amal soleh yang pernah kamu lakukan hanya kerana mengharapkan redha Allah semata. Setelah itu, berdoa dan pohonlah pertolongan kepada Allah dengan perantaraan amal soleh tersebut, mudah-mudahan Allah akan menghilangkan kesulitan kamu.’

Kemudian salah seorang dari mereka berkata: ‘Ya Allah ya Tuhanku, dulu aku mempunyai dua orang tua yang lanjut usia. Selain itu, aku juga mempunyai seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku menghidupi mereka dengan menggembala ternak. Apabila pulang dari menggembala, aku pun segera memerah susu dan aku dahulukan untuk kedua orang tuaku. Lalu aku berikan air susu tersebut kepada orang tuaku sebelum aku berikan kepada anak-anakku. Pada suatu ketika, tempat penggembalaan aku jauh, hingga aku pulang pada waktu malam. Ternyata aku dapati kedua orang tuaku sedang nyeyak tidur. Lalu seperti biasa aku memerah susu. Aku berdiri jauh dari mereka kerana tidak mahu mengejutkan mereka dari tidur. Akan tetapi, aku juga tidak ingin memberikan air susu tersebut kepada anak-anakku sebelum diminum oleh kedua orang tuaku, walaupun anak-anakku sedang berkerumun disekelilingku meminta minum kerana tersangat lapar. Keadaan tersebut berlarutan hingga terbit fajar. Ya Allah, jika Engkau tahu bahawa aku melakukan perkara tersebut hanya untuk mengharap redhaMu, maka bukakanlah celah untuk kami hingga kami dapat melihat langit.

Akhirnya Allah membuka celah lubang gua tersebut hingga mereka dapat melihat langit.

Orang kedua dari mereka berdiri sambil berkata: ‘Ya Allah, dulu aku mempunyai sepupu perempuan yang aku cintai sebagaimana cintanya kaum lelaki yang mengebu-gebu terhadap wanita. Pada suatu ketika aku pernah mengajaknya berbuat maksiat, tetapi dia menolak hingga aku dapat memberinya seratus dinar. Setelah bersusah payah mengumpulkan seratus dinar, akhirnya aku pun mampu memberikan wang tersebut kepadanya. Ketika aku berada diantara kedua pahanya, tiba-tiba ia berkata: ‘Hai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan janganlah kamu menggauliku kecuali setelah menjadi hakmu’. Lalu aku bangkit dan meninggalkannya. Ya Allah, sesungguhnya Engkau pun tahu bahawa aku melakukan hal itu hanya untuk mengharapkan redhaMu. Oleh itu, bukakanlah suatu celah lubang untuk kami.’

Akhirnya Allah membuka sedikit lubang lagi untuk mereka bertiga.

Seorang lagi berkata: ‘Ya Allah ya Tuhanku, dulu aku pernah menyuruh seseorang mengerjakan sawahku dengan cara berkongsi hasil. Ketika dia telah menyelesaikan pekerjaannya dia pun berkata: ‘Berikanlah hak saya kepada saya.’ Namun aku tidak dapat memberikan kepadanya hak tersebut. Setelah itu, aku pun menanami sawah aku sendiri hingga hasilnya dapat aku kumpulkan untuk membeli beberapa ekor sapi dan menggajikan beberapa penggembalanya. Selang beberapa lama kemudian, orang yang haknya dulu tidak aku berikan datang kepadaku dan berkata: ‘Takulah kamu kepada Allah dan janganlah berbuat zalim terhadap hak orang lain’. Lalu aku berkata kepadanya: ‘Pergilah ke beberapa ekor sapi beserta para penggembala itu dan ambillah semuanya untukmu’. Orang tersebut menjawab: ‘Takutlah kepada Allah dan janganlah kamu mengolok-olok aku’. Kemudian aku berkata lagi kepadanya: ‘Sungguh aku tidak bermaksud mengolok-olokmu. Oleh kerana itu, ambillah semua sapi itu bersama penggembalanya untukmu’. Akhirnya orang itu memahaminya dan membawa pergi semua sapi itu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa apa yang telah aku lakukan dahulu adalah untuk mencari redhaMu. Oleh itu bukakanlah bagian pintu gua yang belum terbuka’.

Akhirnya Allah pun membukakan sisanya untuk mereka.”

(HR. Bukhari : 5974)

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s