Ada Lima Jenis Nikmat Allah


بسم الله الرحمن الرحيم

Nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia memang tiada terhitung. Ada di antara kita menyedari bahawa sesuatu yang diperolehi adalah nikmat Allah SWT. Lazimnya mereka bersyukur. Tetapi ada juga yang melupakan sesuatu nikmat kebahagiaan, kemewahan, darjat dan kebesaran yang diperolehi itu datangya daripada Allah SWT.

Secara kasar nikmat Allah SWT boleh dikategorikan dalam lima kumpulan.

Pertama: Kebahagiaan di akhir iaitu kebahagiaan yang kekal abadi. Antara kebahagiaannya ialah kegembiraan yang tiada kesedihan, kepandaian yang tidak ada kebodohan, dan kekayaan yang tidak bercampur kefakiran. Tetapi kita tidak dapat mencapainya kecuali dengan pertolongan Allah SWT. Kebahagiaan yang pertama ini tidak sempurna kecuali ada nikmat yang kedua iaitu:

Kedua: Akal yang disempurnakan dengan ilmu, pemeliharaan diri yang disempurnakan dengan menjauhi haram, subahat dan maksiat. Nikmat lain yang termasuk dalam kumpulan ini ialah keberanian yang disempurnakan dengan  rasa kesedaran. Nikmat-nikmat ini pada hakikatnya adalah pokok-pokok agama. Keutamaan nikmat kedua ini, dapat disempurnakan dengan adanya nikmat ketiga iaitu:

Ketiga: Keutamaan badaniah yang meliputi kesihatan badan, kekuatan badan dan panjang umur. Nikmat ketiga ini dapat disempurnakan dengan adanya nikmat keempat iaitu:

Keempat: Harta, keluarga, kemuliaan dan keluarga mulia. Tetapi tidaklah sempurna mengambil manfaat dengan nikmat-nikmat itu kecuali dengan adanya nikmat kelima iaitu:

Kelima: Hidayah Allah SWT, pimpinan Allah SWT, pembetulan Allah SWT dan kekuatan daripada Allah SWT.

Sekarang cubalah kita tanyakan kepada diri sendiri. Adakah kita sudah bersyukur dengna nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita? Pangkat dan kedudukan yang tinggi, badan yang sihat, keluarga yang bahagia, keperluan rumah, makanan dan pakaian yang mengcukupi serta lain-lain keistimewaan yang dimiliki.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nahl: 53

al_nahl_53

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s