Apabila Terlalu Banyak Tidur


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Ini adalah kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada tiga, iaitu 8 jam untuk beribadat dan taat kepada Allah SWT, 8 jam mencari nafkah dan 8 jam untuk istirehat dan tidur.

Jika seseorang itu tidur mulai jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi keesokannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tengahari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempoh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.

Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik. Janganlah kita terlalu menyusahkan diri hingga tidak lekang dari sejadah berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambung dari tengah malam hingga ke subuh.

Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan Allah SWT juga dianggap tercela. Sikap acuh-tak acuh dan memandang mudah hukum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari:
“dan adalah Ibn ‘Umar r.a berkata: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau masa mati engkau.”

Di hadits yang lain Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada seorang lelaki yang bermaksud:

“Buatlah lima perkara sebelum datang lima perkara:”

  1. Peluang masa engkau muda sebelum tua.
  2. Masa engkau sihat sebelum sakit.
  3. Masa engkau kaya sebelum miskin.
  4. Masa engkau lapang sebelum sibuk.
  5. Masa engkau masih hidup sebelum mati.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau.”

Firman Allah SWT dalam Surah Al-‘liImran:102:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s