Bagaimana Orang Mukmin Menghabiskan Masanya Di Syurga


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pujangga Taufik Al-Hakim berfikir sendiri bagaimana orang mukmin akan menghabiskan hari pertamanya di dalam syurga kelak.

Beliau berfikir orang-orang miskin akan makan dengan rakus dan gelojoh hingga memeranjatkan malaikat yang melayani mereka. Mungkin malaikat akan menasihati mereka agar makan perlahan dan tertib, tetapi nasihat itu tidak didengari dan mereka tidak percaya apa yang dikatakan oleh malaikat.

Mereka terus membuncitkan perut dengan segala makanan yang enak dan lazat seolah-olah hidangan itu tidak lama lagi akan diangkat dari situ. Mereka bimbang buah-buahan yang segar dan enak akan lenyap dan kehabisan seperti yang berlaku di dunia.

Malaikat: “Jangan makan terlalu banyak. Jangan bimbang kerana makanan akan selama-lamanya ada di sini (di syurga)”
Manusia: “Selama-lamanya ada di sini? Baik, kalau satu hari nanti kami lapar apa akan terjadi kepada kami?”
Malaikat: “Tuan-tuan, di sini tidak akan kelaparan buat selama-lamanya”
Manusia: “Siapa jamin? Di dunia orang berkata begitu. Ada pemimpin-pemimpin yang memberitahu kami: ‘Kamu tidak akan lapar di bawah dasar-dasar pemerintahan kami.’
Kamipun ikut pada peringkat pertama, tiba-tiba kami dapati negara lapar kerana rakyat. Dan bila kami ikut lagi di peringkat kedua, tiba-tiba kami dapati rakyat pula lapar kerana negara”
Malaikat: “Tuan-tuan, syurga tidak dimasuki kelaparan”
Manusia: “Itu kita boleh lihat kemudian….”

Salah satu malaikat membisikkan ke telinga rakannya: “Perasaan takut kepada kebuluran belum lagi hilang dari ingatan mereka. Barangkali kebuluranlah yang mula-mula lahir di bumi dan yang paling akhir ‘mati'”.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nisa’: 124:

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.”

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s