12 Kumpulan Di Padang Mahsyar


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Menurut Rasulullah SAW, umatnya akan dibahagikan kepada 12 kumpulan di Padang Mahsyar:

  • Kumpulan Pertama: Mereka diiringi dari kubur mereka tanpa tangan dan kaki, kemudian ada suara menyatakan: “Mereka adalah orang yang selalu menyakiti tetangga, maka inilah balasannya.”
  • Kumpulan Kedua: Mereka diiringi dari kubur dalam bentuk seperti babi-babi hutan, kemudian terdengar suara menyatakan: “Mereka adalah orang-orang yang meremehkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
  • Kumpulan Ketiga: Mereka diiringi dari kubur dengan perut seperti gunung, penuh dengan ular dan kala jengking, maka terdengar suara menyatakan: “Mereka adalah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, maka inilah pembalasan dan nerakalah tempat kembali.”
  • Kumpulan Keempat: Mereka diiringi dari kubur dan mengalir dari mulutnya darah, maka terdengarlah suara Yang Maha Pemurah: “Mereka adalah orang yang curang dalam jual beli, maka inilah pembalasannya dan tempat mereka adalah neraka.”
  • Kumpulan Kelima: Mereka diiringi dari kubur seperti hembusan angin dengan bau yang busuk, lebih busuk daripada bangkai, maka terdengarlah suara menyatakan: “Mereka adalah orang selalu membuat maksiat kerana takut kepada manusia bukan Allah SWT, kemudian mati. Maka inilah pembalasannya dan tempat mereka adalah neraka.”
  • Kumpulan Keenam: Mereka diiringi dari kubur dengan leher dan tengkuk terputus, maka suara dari Maha Pemurah: “Mereka adalah orang yang memberikan saksi palsu, dan inilah pembalasannya dan tempatnya kembali mereka adalah neraka.”
  • Kumpulan Ketujuh: Mereka diiringi dari kubur tanpa mempunyai mulut dan dari tempat mulutnya keluar muntah-muntah dan darah, maka terdengarlah suara menyatakan: “Mereka adalah orang yang tidak mahu bercakap benar, maka inilah pembalasannya dan tempatnya adalah neraka.”
  • Kumpulan Kelapan: “Mereka adalah orang yang berbuat zina dan mereka diringi dengan kaki ke atas dan kepala di bawah, nerakalah tempat kembali mereka.”
  • Kumpulan Kesembilan: Mereka diiringi dengan wajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api, maka terdengarlah suara yang Maha Pemurah: “Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim.”
  • Kumpulan Kesepuluh: Mereka diiringi dengan penuh penyakit kusta, maka terdengarlah suara menyatakan: “Mereka ini adalah orang yang menderhaka terhadap kedua orang tua mereka.”
  • Kumpulan Kesebelas: Mereka diiringi dengan keadaan buta mata, hati dan giginya seperti tanduk banting, bibirnya memanjang sampai ke dada, lidahnya menjulur panjang dari perutnya keluar kotoran, kemudian terdengar suara dari sisi Allah SWT: “Mereka adalah orang yang minum arak.”
  • Kumpulan Keduabelas: Mereka diiringi keluar dari kubur seperti bulan purnama, mereka adalah orang berbuat kebajikan, menjauhi perbuatan jahat, sentiasa takut mengerjakan dosa serta mendapat keampunan dari Allah SWT.
  • Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am: 120

    “Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan.”

    Wallahu’alam.

    Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s