Jangan Sesal Perkara Lalu


Dzun-nun berkata:

Jangan sesal perkara yang lalu, dan jangan risau perkara akan datang. Gunakan sepenuhnya masa kini (hidup dalam mengenan Allah SWT). Sentiasalah bersedia untuk mati dan pungut bekalan untuk jalan ke akhirat itu.

Perhitungkanlah amalanmu sebelum kamu diperhitungkan di akhirat nanti. Orang yang menutup mulutnya akan terselamat. Apakah gunanya dunia jika itu menyebabkan kamu lupakan Allah SWT.

Janganlah benci kepada orang yang berdosa itu, kerana kamu tidak tahu sebelum dia meninggal dunia mungkin dia bertaubat dan Allah SWT menerima taubatnya dan meninggikan darjatnya.

Tanda orang yang beriman itu ialah dia menentang perkara keduniaan dan tidak pernah memuji makhluk. Sebesar zarah iman adalahlebih baik daripada kekayaan dunia, kerana ia membawa kepada keselamatan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Taghaabun: 11:

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s