3 Golongan Yang DiCintai Allah swt


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dalam Hadits Qudsi disebut 3 golongan manusia yang dicintai dan paling dicintai Allah swt, iaitu:

  1. Allah swt menyintai orang yang tawaduk
  2. Allah swt sangat menyintai orang kaya yang tawaduk
  3. Allah swt menyintai orang yang pemurah
  4. Allah swt sangat menyintai orang miskin yang pemurah
  5. Allah swt menyintai orang yang bertaubat
  6. Allah swt sangat menyintai orang muda yang bertaubat

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

  1. Allah swt membenci orang yang takbur
  2. Allah swt sangat membenci orang kaya dan takbur
  3. Allah swt membenci orang yang bakhil
  4. Allah swt sangat membenci orang kaya yang bakhil
  5. Allah swt membenci orang yang tidak mahu bertaubat
  6. Allah swt sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat

Sementara itu, Luqman ada berpesan kepada anaknya:

“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para Nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu:”

  • Apabila engkau solat jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah pandangan matamu
  • Apabila engkau di dalam majlis, jagalah lidah
  • Ingatlah kepada Allah swt sepanjang masa
  • Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
  • Lupakan budi baik terhadap orang
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Menurut Imam Syafii, maksudnya:
“Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya.”

Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah:25

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s