Lima Ganjaran Mereka Yang Taat Solat


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

الله سبحانه و تعالى berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu”:

  • Pertama, dimurahkan rezekinya.
  • Kedua, terlepas daripada azab kubur.
  • Ketiga, di Hari Pembalasan, kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan di sebelah kanan.
  • Keempat, mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
  • Kelima, terkecuali dari kiraan amalan.

Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu lima seksaan di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan ketika dibangkitkan semula daripada kubur.

Lima Seksaan di dunia ialah:

  • Pertama, hudupnya tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.
  • Kedua, tidak ada cahaya keimanan di mukanya.
  • Ketiga, semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.
  • Keempat, permintaannya tidak dimakbulkan.
  • Kelima, tidak berhak daripada diingati oleh orang alim dalam doanya.

Tiga seksaan ketika hendak mati ialah:

  • Pertama, matinya dalam keadaan yang memalukan.
  • Kedua, mati dalam serba kekurangan.
  • Ketiga, menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.

Tiga seksaan dalam kubur ialah:

  • Pertama, kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai.
  • Kedua, disediakan api di dalam kuburnya.
  • Ketiga, ular dihantar bagi menyeksa is mati. Bentuk ular itu sangat dahsyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat daripada besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai ke hujungnya. Suaranya bagaikan halilintar. Ular itu bersuara: “Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tertinggal Solat Subuh, menggigit sehingga tengahari kerana kau tidak Solat Zohor, menggigit kau lagi sehingga petang kerana kau tidak Solat Asar, menggigit kau hingga senja kerana kau tidak Solat Maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat ‘Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya.” Seksaan ini akan berterusan hingga ke Hari Pembalasan.

Selepas dihidupkan kembali daripada kubur, is mati akan menderita akibat tiga seksaan iaitu:

  • Pertama, segala amalannya akan dikira dengan teliti
  • Kedua, kemurkaan الله سبحانه و تعالى yang Maha Adil ke atasnya.
  • Ketiga, dia akan dicampakkan ke dalam neraka.

Seksaan lain ialah tiga potong ayat akan ditampalkan dimukanya iaitu:

  • Pertama, wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan Maha Kuasa.
  • Kedua, wahai orang yang menjadi tumpuan kemurkaan Tuhan.
  • Ketiga, kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Bagaimana pendapat kamu jika sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang kamu, ia mandi daripadanya tiap-tiap hari sebanyak lima kali. Adakah tinggal daripada dakinya sesuatu? Mereka berkata: Tidak tinggal daripada dakinya suatu? Baginda bersabda: Maka demikian itulah bandingan sembahyang lima waktu الله سبحانه و تعالى menghapuskan dengan dia segala kesalahan.”

Firman الله سبحانه و تعالى dalam Surah Al-Jaathiyah: 18:

Terjemahannya: “Kesudahannya, kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utusan engkau) menjalankan satu Syari’at (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama: maka turutlah Syari’at itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)”

Wallahu’alam.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s