Tanda Amal Tidak Diterima الله سبحانه و تعالى


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

  • Siapa yang melakukan empat macam kemudian ia tidak  bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.
  • Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh الله سبحانه و تعالى.
  • Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya puasanya tidak diterima.
  • Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
  • orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.

Seorang hakim berkata:

Siapa yang mengaku tiga perkara di bawah, maka ditertawakan syaitan:

  • Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia
  • Siapa yang mengaku redha الله سبحانه و تعالى padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
  • Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

Tanda seseorang itu telah tertipu ada tiga:

  • Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya
  • Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya
  • Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya

Dan tanda orang yang mengharap kepada الله سبحانه و تعالى itu juga tiga:

  • Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingati الله سبحانه و تعالى)
  • Lidahnya untuk berzikir
  • Badannya untuk beramal

Penghulu Istighfar

“Ya Allah,tiada tuhan yang sebenar melaikan Engkau.Engkaulah yang menjadikan aku, Aku adalah  hamba-Mu dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. aku kembalikan kepada-Mu segala nikmat yang kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dangan dosa yang dilakukan. Ampunkanlah aku kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku selain Engkau”. (Riwayat al-Bukhari no.6306 dan6323)

Firman الله سبحانه و تعالى dalam Surah Muhammad, Ayat 31:
47_31
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad 47:31)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s