76 Dosa Besar Dalam Islam


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Mengikut Imam Az-Dzahabi* dalam kitabnya Al-Kabaair* beliau menghimpunkan jenis-jenis dosa-dosa besar sebanyak 76 perkara seperti berikut:

  1. Menyekutukan Allah atau Syirik
  2. Membunuh Manusia
  3. Sihir
  4. Meninggalkan Solat
  5. Tidak Mengeluarkan Solat
  6. Durhaka Kepada Kedua IbuBapa
  7. Memakan riba
  8. Memakan Harta Anak Yatim
  9. Dustakan Atas Nama Nabi صلى الله عليه وسلم
  10. Tidak Berpuasa Ketika Bulan Ramadhan Tanpa Uzur
  11. Lari Dari Medan Perang
  12. Berzina
  13. Pemimpin Yang Khianat dan Zalim
  14. Meminum minuman beralkohol
  15. Takabbur (Sombong) atau Ujub
  16. Saksi Palsu
  17. Homoseksual
  18. Menuduh Wanita Baik Melakukan Zina
  19. Menipu Harta Rampasan Perang, Baitul Mal & Zakat
  20. Berlaku Zalim dengan Mengambil Harta Orang Lain secara Batil
  21. Mencuri
  22. Merompak
  23. Sumpah Palsu
  24. Gemar berbohong
  25. Bunuhdiri
  26. Hakim Yang Tidak Adil
  27. Membiarkan Perbuatan Keji/Maksiat Isteri Dan Anggota Keluarga
  28. Wanita Yang Menyerupai Lelaki & Sebaliknya Juga
  29. Menikahi Wanita Yang Telah Bercerai Agar Dia Boleh Menikah Dengan Suami Terdahulu
  30. Memakan Bangkai, Darah & Daging Babi
  31. Tidak Bersuci Dari Hadas & Najis
  32. Pemungut Cukai/Cukai Pintu Haram Yang Zalim
  33. Riyak
  34. Berkhianat
  35. Menuntut Ilmu Agama Untuk Dunia & Ulama Yang Menyenmbunyi Ilmunya
  36. Mengungkit-ungkit Pemberian & Kebaikan
  37. Mengingkari Takdir الله سبحانه و تعالى
  38. Mengintip Rahsia Orang Lain
  39. Melaknat/Mencaci Mukminin Yang Lain
  40. Percaya Kepada Sihir & Nujum
  41. Derhaka Kepada Suami
  42. Memutuskan Silaturahim
  43. Membuat Patung, Gambar Makhluk Yang Hidup
  44. Mengadu Domba
  45. Menampar Pipi & Meratap Jika Terkena Bala
  46. Menghina Nasab/Keturunan
  47. Perbuatan Melampaui Batas
  48. Memberontak Dengan Senjata & Mengkafirkan Kerana Dosa Besar
  49. Menyakiti & Mencaci Orang Islam
  50. Menyakiti/Memusuhi Para Nabi
  51. Memakai Pakaian Labuhkan Pakaian Melebihi Mata Kaki Bertujuan Keangkuhan
  52. Lelaki Yang Memakai Sutera & Emas
  53. Seorang Hamba (budak) Yang Lari Dari Tuannya
  54. Sembelihan Untuk Selain Dari الله سبحانه و تعالى
  55. Merubah Sempadan Tanah
  56. Mencela Para Sahabat
  57. Mencela Kaum Ansor
  58. Mengajak Kepada Kesesatan/Maksiat
  59. Perempuan Yang Menyambung Rambut, Merenggang Gigi & Bertatu
  60. Orang Yang Menunjukkan Saudaranya Dengan Sebatang Besi
  61. Orang Yang Menisbahkan Kepada Selain Daripada Bapanya
  62. Thiyarah (kepercayaan “jika berlaku begini maka alamatnya begini”)
  63. Minum Dengan Bekas Emas & Perak
  64. Berdebat & Bermusuhan
  65. Berbuat Zalim Terhadap Yang Lemah Seperti Hamba Sahaya
  66. Mengurangi Timbangan
  67. Merasa Aman Dari Kemurkaan الله سبحانه و تعالى
  68. Putus Asa Dari Rahmat الله سبحانه و تعالى
  69. Mengengkari Kebaikkan Orang Lain
  70. Enggan Memberi Kelebihan Air
  71. Menyelar Haiwan Ternakan Dengan Besi Selar
  72. Berjudi
  73. Berbuat Kekufuran/Kezaliman Di daerah Tanah Haram
  74. Meninggalkan solat Jumaat Tanpa Alasan Yang Kuat
  75. Mengintai Kaum Muslimin & Menyebarkan Aib Meraka

Nota Kaki:
*Imam Ads-Dzahabi:

  • Nama Lengkap: Abu Abdillah, Muhammad bin Ahmad bin Usman at-Turkamani kemudian ad-Dimasyqi, salah seorang ulama besar mazhab Syafi’I dan salah seorang ulama besar Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Beliau digelar dengan Syamsuddin, dan lebih dikenali dengan al-Hafizh Adz-Dzahabi. Lahir di Damuskus, Syria.
    (Lahir: 637Han Wafat: 748H)
  • Latar belakang: Adz-Dzahabi adalah seorang ulama hebat, sehingga Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata tentang beliau, Syaikh-Syaikh ahli hadits dan para penghafal ulungnya telah ditutup dengan beliau. Al-hafidz besar, Ibnu Hajar al-Asqalani Ramimahullah, kerana begitu kagum terhadap Adz-Dzahabi, beliau pernah berkata, Aku pernah meminum air zam-zam(dan berdoay agar aku dapt mencapai darjat Imam Adz-Dzahabi dalam menghafal. Adz-Dzahabi memang seorang penghafal ulung dan ulama agung.

*Al-Kabair
Al-Kabair yang dimaksudkan ialah kitab yang ditahqiq (disemak) oleh Syeikh Dr. Muhyiddin Mistu pada 1403H, bersandarkan manuskrip yang berikut:

  • Yang ditulis oleh Muhammad bin Ahmad Asy-Syafi’I yang telah dibacakan di hadapan Imam Adz-Dzahabi dan disahkan olehnya sekitar tahun sebelum 748H. Naskah ini disimpan di Perpustakaan Az-Zhahiriyah, Damaskus No. 8778/umum
  • Yang ditulis oleh Isa bin Muhammad Ali Asy-Syafi’I bertarikh 878H. Naskah ini disimpan di Perpustakaan Az-Zhahiriyah, Dasmaskus No. 4669/Al-‘Am
  • Yang ditulis oleh Muhammad Sa’I’d Al-Hasani Al-Qudsi 1272H. Naskah ini disimpan di Perpustakaan Arif Hikmah di Madinah Al-Munawarah

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s