Cubalah Bersikap Sabar Dengan Perangai Isteri


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Diceritakan, bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatah pun.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya: “Apa hajatmu datang ke mari?”
Jawabnya: “Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!”
Tanya Khalifah: “Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?”
Kata orang itu:”Sebenarnay aku datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteriku, Wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama dengan saya.”

Berkata Khalifah Umar:
“Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib keatasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja.”

Kata orang itu: “Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin!”

Maka berkata Amirul Mukminin lagi:
“Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.”

Doa Menghilangkan Rasa Takut Atau Tidak Sedap Hati

takutatauterkejut

 

Firman الله سبحانه و تعالى‎ Dalam Surah Al-Baqarah:153

2_153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah 2:153)

 

Firman الله سبحانه و تعالى‎ Dalam Surah Al-Zumar: 10

39_10

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.(Az-Zumar 39:10) 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s