Kerana Mata


basmalah

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda maksudnya:

“Bagi setiap manusia itu ada bahagiannya daripada zina. Maka kedua mata itu berzina dan penzinaan keduanya memandang kepada benda yang tiada harus dipandang. Kedua tangan itu berzina dan penzinaan keduanya meraba benda yang dilarang merabanya. Kedua kaki itu berzina dan penzinaan keduanya berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya. Mulut itu berzina dan penzinaannya mengucup yang tiada halal dikucup. Dan hati itu bercita-cita melakukannya, manakala faraj pula membenarkan yang demikian itu (yakni melakukan zina itu) atau mendustakannya (iaitu tiada melakukan zina itu)”

Hadis di atas menunjukkan bahawa asal (punca) bagi zina faraj itu ialah dua mata. Dan engkau hendaklah memandang kepada segala anggotamu tentang apakah pekerjaan yang patut baginya dan apakah pekerjaan yang dinanti-nantikan baginya. Maka engkau peliharakanlah segala anggotamu itu dengan pemeliharaan yang sepatut baginya dengan pekerjaan yang dinanti-nantikan baginya itu. Maka jika pekerjaan itu sangat besar, nescaya engkau peliharakan anggota itu dengan pemeliharaan yang bersangatan.

Maka kaki itu yang dinanti-nantikan baginya, berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya. Tangan itu yang dinanti-nantikan baginya, mencapai buah-buahan syurga dan minumnya seperti itulah segala anggota yang lain. Mata hanya untuk memandang kepada zat الله سبحانه و تعالى. Di dalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu. Dan tiada nikmat di dunia dan juga di akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat Tuhan itu. Bagi mata, yang dinanti-nantikan baginya adalah sebesar-besar nikmat, maka patut sangat dipeliharakannya dengan sebaik-baiknya dan dimuliakannya dengan sehabis-habis mulia dan tiada dikotorinya dengan memandang yang haram.

Wallahualam.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s