Hukum Berkerja Dengan Bank Konvensional


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Dr Yusof al-Qardhawi menjawab bahawa sistem ekonomi Islam berdiri atas dasar anti riba. Ia dianggap sebagai satu dosa besar yang boleh menghabisi keberkatan individu dan masyarakat. Malahan mampu memanggil bencana di dunia dan akhirat.

Al-Quran dan al-Sunnah, juga umat ini telah bersepakat melaknat riba. Allah Taala berfirman:
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah, 276)

FirmanNya:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yg belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya memerangimu….” (al-Baqarah, 278-279)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, bererti mereka telah menyediakan diri mereka untuk disiksa oleh Allah.” (Riwayat Hakim)

Hadis, Jabir r.a. meriwayatkan:
Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya. Dan beliau bersabda: mereka itu sama.” (Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Mas’ud:
“Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya dan penulisnya.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Tarmizi)

Hadisnya lagi:
“Orang yang makan riba, orang yang memberi makan dengan riba, dan dua orang saksinya – jika mereka mengetahui perkara ini – maka mereka itu dilaknat melalui lidah Nabi Muhamad s.a.w. hingga hari kiamat.” (Riwayat al-Nasa’i)

Sabda Nabi s.a.w seterusnya:
“Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorangpun melainkan akan makan riba, barangsiapa yang tidak memakannya, maka dia akan terkena debunya.” (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

Hadis-hadis di atas begitu amat menyiksakan hati orang -orang Islam yang bekerja di bank-bank atau institusi yang terbabit dengan aktiviti riba. Begitu menyiat-nyiat hati dan perasaan mereka. Sesungguhnya ancaman dari Allah dan RasulNya begitu tegas, keras dan menggerunkan. Sehingga Allah mengisytiharkan perang terhadap pemakan riba!

Perlu di ingatkan bahawa masalah riba yang berlaku sekarang ini tidak hanya berkaitan dengan pegawai bank, kerani dan sebagainya tetapi ia telah menyelinap masuk terus ke dalam sistem ekonomi kita dan segala kegiatan yang berkaitan dengan kewangan. Sehinggakan ia telah menjadi satu bala dan bencana yang tersebar di mana-mana. Bencana umum yang Nabi s.a.w. mengatakan “ketika itu semua orang akan memakan riba, jika tidak memakannya maka dia akan terkena debunya.”

Bencana ekonomi berteraskan riba yang melanda kita sekarang ini, apakah boleh diubah dan diperbaikki dengan hanya melarang seseorang bekerja di bank atau perniagaan yang terbabit dengannya? Mengapa bencana ini berlaku? Ini kerana sepak terajang dari golongan kapitalis.

Bagaimana cara mengatasinya? Ialah dengan mengubah sikap seluruh bangsa dan masyarakat Islam. Perubahan ini mestilah dilakukan secara bertahap dan secara perlahan-lahan, agar tidak akan menimbulkan kegoncangan ekonomi yang boleh mengakibatkan bencana kepada negara dan bangsa. Cara ini pernah ditempoh oleh Islam ketika mula mengharamkan riba, khamar dll. Yang paling penting ialah tekad dan kemahuan bersama. Apabila tekad telah bulat, maka jalan keluar akan terbuka luas.

Setiap orang Islam yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap perkara ini hendaklah bekerja dengan hatinya, lidahnya, dan segenap kemampuan yang ada melalui pelbagai wasilah yang tepat untuk mengembangkan sistem perekonomian kita sendiri, sehingga sesuai dengan ajaran Islam.

Di satu sudut lain, apabila kita melarang semua kaum muslim dari bekerja di bank, maka dunia perbankan dan yang sejenis dengannya akan dikuasai oleh orang-orang non muslim seperti yahudi dan sebagainya. Yang akhirnya nanti, negara-negara Islam akan dikuasai oleh mereka.

Sudut yang lain pula, perlu diketahui bahawa tidak semua pekerjaan yang berhubung dengan dunia perbankan tergolong riba. Ada di antaranya halal dan baik, seperti pertukaran wang asing (kalau di M’sia terdapat kaunter2 muamalat Islam) dsb. Bahkan sedikit pekerjaan di sana yang termasuk haram.

===> Oleh kerana itu tidak mengapalah seorang muslim menerima pekerjaan tersebut – sekalipun hatinya tidak rela – dengan harapan sistem perekonomian akan mengalami perubahan menuju kepada suasana yang diridhai agama dan hatinya. Cuma, dalam hal ini hendaklah dia melaksanakan tugasnya dengan baik, hendaklah menunaikan kewajipan terhadap dirinya dan Rabbnya serta umatnya sambil menantikan pahala atas kebaikan niatnya. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya setiap orang  akan mendapat apa yang dia niatkan.” (Riwayat Bukhari)

Disamping itu, janganlah melupakan keperluan hidup yang oleh ulamak fikah diistilahkan telah mencapai peringkat darurat. Situasi dan persyaratan inilah yang membolehkan saudara yang bertanya untuk menerimapekerjaan tersebut sebagai wasilah mencari penghidupan dan rezeki. FirmanNya:
“..tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah, 173)

***** Intaha (selesai) fatwa al-Qardhawi******

Point2 hukum boleh bekerja di bank:
1. Tidak semua perniagaan yang dijalan di bank haram. Ada yang halal. Oleh itu gaji yg diperolehi bertaraf syubhat (kerana hasil pendapatan bank yg bercampur sumber halal + haram)
2. Bekerja dengan baik serta dgn hati yg tidak rela & insaf. Perasaan yg merindui datangnya satu sistem yg diridhai Allah.
3. Berganding bahu bersama umat Islam lain ke arah mewujudkan sistem tersebut.
4. Bahaya akan datang jika dilarang semua umat Islam bekerja di bank. Org kafir akan ambil alih ekonomi negara dan umat.
4. Boleh bekerja atas dasar darurat. Memenuhi keperluan asas kehidupan.

Wallahu a’lam.

FATWA 2

Penjelasan hukum bekerja di bank berikut ini adalah berdasarkan fatwa al-Marhum Syeikh Jadul Ali Jadul Haq (bekas syeikh al-Azhar).

Tentang faedah/bunga bank yang tergolong di dalam riba telah diketahui umum. Begitu juga tentang keharaman dan ancaman orang yang terlibat dengan riba.

(1)Syeikh (Jadul Haq) mengatakan bahawa riba adalah haram secara syarak berdasarkan nas2 al-Quran, sunnah dan ijmak kaum muslimin. Manakala bekerja secara langsung dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan riba samada menulis atau sbgnya dianggap sebagai membantu atas perbuatan yang haram. Berbuat demikian sudah tentu hukumnya haram menurut syarak. Ini ada dijelaskan oleh hadis riwayat Bukhari yg mencela pemakan riba, memberi makan dengan hasil riba, penulis dan dua saksinya.

(2)Hukum dan pencelaan hadis di atas adalah terhadap bank-bank yg segala urusannya di sekitar perniagaan/perkhidmatan yg haram sahaja. Tidak ada satupun yang halal seperti tidak ada pertukaran wang asing, kaunter muamalah Islam dsb yang dihalalkan. Jika begini, berhenti bekerja di bank tersebut adalah lebih baik. Jika di sana ada peluang pekerjaan lain yang halal, bekerjalah di tempat baru yang halal itu. Jika tidak ada peluang pekerjaan lain melainkan di bank berkenaan sahaja, teruskanlah bekerja di situ. Ia diiktibarkan sebagai dalam keadaaan darurat. Keadaan darurat dapat mengharuskan perkara yg haram (ad-dharuraat tubihul mahzuraat). Bekerjalah sehingga datang peluang pekerjaan lain yang sunyi dari perkara yg haram.

(3)Ada juga bank yang tidak hanya menjalankan urusan perniagaan/perkhidmatan yg haram sahaja, tetapi ada juga yang dihalalkan sebagaimana yang berlaku di malaysia:

Bank tersebut menjalankan perniagaan:
Perkhidmatan haram –>  Skim pinjaman yang dikenakan bunga, akaun yg pelbagai yang juga dengan faedah tertentu.
Perkhidmatan halal –> pengurup wang asing, bank draf, pembayaran bil-bil, kaunter muamalah Islam dsb.

Ini bermakna, sumber pendapatan bank adalah hasil dari yang halal dan yang haram. Bercampur baur. Ulamak fikah berkata, jika bercampur aduk yang halal dengan yang haram, hendaklah diasingkan, dipisah-pisahkan yang halal satu tempat dan yang haram di satu tempat lain. Kita diharamkan membelanjakan harta/wang yang bercampur aduk antara yang halal dengan yang haram. Setelah dipisahkan/dapat dibezakan antara yg halal & yg haram barulah boleh digunakan untuk berbelanja.

Itu kalau dapat dibezakan. Jika dapat dipisah-pisahkan… Bagaimana jika tidak boleh dipisah-pisahkan?

Seperti saudara-saudara muslim kita yang bekerja di bank yg pendapatannya bercampur aduk antara yg halal & yg haram. Gaji mereka bagaimana. Apa hukum mengambilnya, memakan, bahkan memberi makan kepada anak isteri dgnnya?

Kalau boleh dipisah-pisahkan tak mengapa. Contohnya, haa.. yg ini adalah hasil dari sumber halal. Yg ini pula dari sumber yg haram. Bolehlah saudara-saudara kita ini, mengambil gajinya dari sumber yg halal sahaja. Yg haram beri pada pekerja non muslim.

Bolehkah lakukan begitu? Sudah tentu mustahil. Dalam keadaan mustahil memisah-misahkan antara sumber yg halal & yg haram, para ulamak silam dari pelbagai mazhab ada menyatakan pendapat masing-masing, antara mereka ialah para ulamak dari mazhab Hanafi, pendapat dari Imam Ahmad bin Hanbal sendiri, al-Zarkasyi al-Syafi’i, Ibnu Sholah dan al-Nawawi. Dari pendapat mereka ini dapat disimpulkan bahawa tidak mengapa membelanjakan harta/wang yang bercampur halal + haram yang mustahil dapat dipisah-pisahkan. Jadi, bekerja di bank berkenaan dalam keadaan begini secara umumnya adalah harus.

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali berkata di dalam Ihya’ Ulumuddin:
“Apabila di dalam negara telah bercampur dengan yang haram tanpa batasnya lagi, tidak haram membeli darinya, bahkan mengambil darinya. Melainkan, jika ada kedapatan tanda-tanda ia adalah dari yang haram. Jika tidak kedapatan tanda-tanda berkenaan, maka tidak diharamkan (dibolehkan). Tetapi, meninggalkannya adalah perbuatan warak yang disukai (syarak).”

(4)Kesimpulan…

Pertama–> a) Bekerja di bank adakalanya harus sebab darurat.  b) Adakalanya harus disebabkan gaji pekerja adalah dari penghasilan bank yang pelbagai (secara umumnya)- halal + haram. Sedangkan ia tidak dapat dipisah-pisahkan dan dibezakan antara yg halal dan yg haram.

Kedua –> Jika telah jelas bekerja dengan bank adalah halal menurut syarak berdasarkan faktor a & b di atas, maka seseorang muslim tidak boleh menghalang orang lain termasuk saudara-saudaranya untuk bekerja di bank. Begitu juga tidak boleh menghalang seseorang muslim dari memakan, memberi makan, menerima hadiah dsb hasil dari gaji bekerja di bank.

Ketiga–> Pekerja bank seperti di atas, tidak termasuk di dalam laknat dan celaan Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya:
“Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya dan penulisnya.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Tarmizi)

Ini berdasarkan penjelasan di atas.

******Intaha jadul Haq*********
(5)Para pekerja bank, tidaklah boleh bersenang hati dengan hukum ini. Sebaliknya mereka hendaklah lebih kuat bekerja untuk memberi kesedaran kepada umat ini. Lakukan dengan segala apa yang ada pada diri kalian. Tariklah mereka semua agar dapat bersama-sama ke dalam golongan umat Islam yang mahukan ekonomi kuffar ini terlerai dari belenggu mereka.

(6)Umat Islam yang lain janganlah hendaknya memandang serong terhadap saudara-saudara muslim kita yang berkhidmat di bank-bank berkenaan. Mereka tidak boleh mendabik dada bahawa mereka terlepas dari apa yang dialami oleh saudara-saudara kita pekerja bank.

Cuba renungkan pertanyaan ini:

“Ustaz, saya ni bekerja dengan kerajaan (bukan dgn bank).. Macamana dengan gaji saya? Halal Atau tidak? Sumber yang diperolehi oleh kerajaan, ada yang dtg dari cukai judi, arak, rumah pelacuran, kelab malam, hiburan, pelaburan yg diharamkan….bla–bla…bla….bla–bla…bla….bla–bla…bla….”

Pertanyaan kami pula: “Apakah tidak sama masalahnya dengan mereka yg bekerja dibank?”

Wallahu a’lam.
—————————

Sumber: http://wanwma.com/agama/hukum-berkerja-dengan-bank-konvensional/

Rujukan
a. Fatawa mu’asirah – vol 1, Dr Yusof al-Qardhawi , terbitan: Darul
Makrifah, Beirut, cetakan: 4, Th. 1988.
Terjemahannya:  Fatwa-fatwa kontemporer, jilid 1, terbitan: Gema Insani
Press (indonesia), cetakan 1, th 1995, hal. 766

b. Buhus Wa Fatawa Islamiah Fi Qadhaya Mu’ashirah – vol 2, Syeikh Jadul Haq
Ali Jadul haq, terbitan: Al-Azhar al-Syarif, cetakan 1, hal. 769

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s