Cerita Lapar, Roti Canai Dan Zakat


Gambar hiasan

Gambar hiasan

Bismillah. Saya telah memeluk Islam pada usia 16
tahun ( saya bagi tahu, sebab kawan-kawan baru
mungkin tak tau ).

Ketika itu, selalunya saya memilih makan di luar
kerana hendakkan makanan yang diyakini halal. Sekali-sekala saya beli makanan balik rumah, supaya bolehmakan di rumah bersama mak. Tak mahu kelihatan ketara tidak makan di rumah. Jaga hati mak ayah.
Biasanya, selepas maghrib saya akan pergi tolong di kedai makan Pakcik Othman ( semoga diredhai Allah, beliau sudah meninggal ) di Pekan Baling, Pokok Ketapang, upahnya ialah saya boleh makan malam secara percuma di situ. Kerja saya, ambil order makanan dan minum, hantar makanan dan lap meja.

Maka selesailah masalah untuk mencari makanan yang halal pada waktu malam. Antara kawan saya yang bekerja sekali ialah Tuan Hamim Syahril.
Ada satu ketika itu, saya kekurangan wang. Selepas solat di masjid, saya luangkan sedikit masa untuk berdoa seperti biasa. Ketika doa itu, saya rasa gelisah memikirkan nak makan apa. Sebab wang yang ada hanya cukup untuk makan roti canai sahaja. Perut sudah lapar. Sedangkan perlukan duit untuk urusan lain pula.

Maha Suci Allah, dalam ketika dok melayan perasaan selepas doa itu. Seorang pakcik mendekati saya dari belakang dan memegang bahu saya. Beliau menyatakan hasrat untuk berikan zakat kepada saya. Saya agak terkejut dengan keadaan itu. Seolah-olah Allah mendengar isi hati saya. Di kala saya susah hati pasal makan, Allah gerakkan hati Pakcik itu untuk memberikan zakat kepada saya.

[ Saya rasa bersalah kerana lupa nama beliau. beliau bekerja di SK Tunku Putera kalau tak silap saya, mempunyai kedai makan di bangunan Tabung Haji Baling. Beliau selalu bawa motor sahaja ke masjid. Jika ada kawan-kawan Baling yang ingat nama beliau, mohon beritahu saya ya. ]

Saya menerima zakat itu, berterima kasih kepada
beliau dan sujud syukur kepada Allah. Ini adalah salah peristiwa yang membuatkan saya bertambah yakin kepada Allah swt dan ayat-ayat Allah seperti dalam ayat yang dikenali sebagai ‘Ayat seribu dinar’ oleh kebanyakan orang.
Tidaklah saya mendabik diri, mengaku bahawa saya seorang yang bertaqwa. Tetapi pengalaman itu, apabila dikaitkan dengan petikan ayat ini, sangat memberi kesan kepada diri saya. Saya percaya ada kawan-kawan yang pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

Sila kongsikan jika sesuai.

Mungkin boleh kongsikan pengalaman kawan kawan sendiri di bahagian komen. Terima kasih.

Sumber:
www.islamituindah.my/cerita-lapar-roti-canai-dan-zakat

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s