Cara Tackle Pasangan Yang Dibenarkan Syarak


Pastinya sekarang ini ramai yang berhasrat ingin mendirikan rumah tangga. Tetapi kadangkala terdapat sedikit masalah yang terpaksa diselesaikan contohnya sepreti tidak tahu bagaimana untuk mendekati (berkenalan) atau dalam kata santainya iaitu mengorat gadis atau teruna yang disukai dengan syariat dan cara yang betul. Tak salah ingin berkenalan dengan si gadis atau si teruna dengan niat untuk menjadikan dia pasangan hidup kita, tapi perlulah kena dengan gaya dan cara yang di anjurnya oleh Islam. Kita perlu ingat bahawa Islam itu mudah. Tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Dan matlamat kita tidak menghalalkan cara kita. Ingat.

Tidak salah untuk berasa suka dan menyukai. Itu adalah fitrah semulajadi yang telah diciptakan Allah. Tetapi, ia bergantung pada cara kita kita memulakan perkenalan. Cara kita meneruskan perkenalan. Dan cara kita mengakhiri perkenalan dengan satu hubungan yang berjaya berlandaskan syariat Islam. Bagaimana? Cara? Ayat yang sesuai?

Lamaran berlaku apabila sudah percaya betul dengan berbagai kriteria yang baik, melihat dan merasa redha, tetap berkeinginan meminang dan telah juga secara khusus melakukan solat istikharah, maka tibalah masanya melamar. Lamaran ni seeloknya dirahsiakan dan hanya di ketahui oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja. Menyembunyikan proses melamar adalah sikap berjaga-jaga yang paling tepat demi kemaslahatan gadis yang dipinang, menjaga harga diri serta tidak merasa direndahkan nama baik dan perasaan secara psikologi jika berlaku Hal-hal yang tidak diingini seperti batalnya peminangan.

Jika diumumkan dan ternyata tidak lanjut kepada pernikahan, walau ada sebab yang rasional dan patut, tetap akan menyakiti perasaan wanita tersebut. Ia juga akan membuat pelamar seterusnya merasa ragu-ragu. Cara melamar dalam Islam banyak. Ianya bergantung pada situasi dan fleksible. Ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah sampai hari ini.

Berdasarkan pendapat yang diperolehi dari penceramah yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, beliau berpendapat bahawa bila nak kahwin ni, mudah saja caranya. Andai lelaki tersebut berminat pada seorang perempuan itu. Telah berhari hari melihat dan rasa mahu memperisterikan perempuan tersebut, terus terang sahaja kata pada perempuan tersebut niat di hati.Contohnya, “saudari, saya berminat untuk memperisterikan saudari. Andai saudari bersetuju, saya akan mengumpul duit dan menghantar ibubapa saya untuk meminang/melamar saudari.”

Contohnya pula, seandainya kalau si gadis menolak kerana sudah ada calon atau bakal suami, jangan berasa malu kerana Allah menciptakan wanita ramai. Tak perlu bawak wanita atau gadis tersebut ke dalam hutan atau semak untuk menyuarakan hasrat dihati. Kat tepi jalan pun dah cukup. Islam agama yang mudah. Tapi mudah bukan nya bermaksud ianya boleh diperlekehkan sesuka hati. Jadi saya jelas kan sekali lagi bahwa seandainya berminat dengan seseorang untuk menjadikannya pasangan hidup, berterus teranglah padanya. Benda baik, ikut syariat, tak perlu takut. Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

Disini saya ingin kongsikan juga cara tackle/lamar/berkenalan/ di zaman Rasullullah dahulu.

Seperti yang kita ketahui, dengan cara orang tua melamarkan bg pihak diri kita.
Ada juga yang melamarkan untuk diri sendiri. (Terus pergi berjumpa bapa si gadis)

Contohnya seperti hadis ini.

Rasulullah menikahi Sayyidatina A’isyah dan Sayyidatina Hafsah dengan cara ini. Rasulullah berjumpa dengan Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq untuk melamar Sayyidatina A’isyah dan bertemu dengan Sayyiduna Umar Al Faruq untuk melamar Sayyidatina Hafsah. (Hadis riwayat bukhari)
Seeloknya pilihan orang tua adalah yang terbaik kerana mereka terlebih dahulu telah merasai kehidupan berumah tangga. Tetapi seandainya pilihan adalah berlandaskan wang atau harta (materialistik) berkemungkinan akan memudaratkan dan seandainya berlandaskan agama dan akhlak, pastinya akan berjalan lancar insyaAllah. Tak salah jika mempunyai pilihan sendiri yang direstui ibu bapa. Andai molek iman dan akhlaknya apa salahnya kan?

Cara seterusnya adalah dengan melamar melalui tokoh masyarakat seperti Ulama,Tuan guru pondok, Asatizah atau orang yang disegani. Ini kerana mereka adalah golongan yang dipercayai dan diyakini akhlak serta amanahnya.

Tersebut merupakan sedikit perkongsian dari saya berdasarkan bacaan dan rujukan yang di cari. Tidak salah bagi wanita untuk melamar si lelaki. Ingat ya. Tidak salah sama sekali. Sila betulkan mentaliti mentaliti masing masing. Wanita melamar lelaki secara syar’iat tidak salah.

”Dari Tsabit, ia berkata,”Kami duduk bersama dengan Anas bin Malik yang disebelahnya ada seorang anak perempuannya. Lalu Anas berkata,” datanglah seorang perempuan kepada Nabi SAW, lalu ia menawarkan dirinya kepada beliau, kemudian perempuan itu berkata, ”Wahai Rasulullah maukah tuan mengambil diriku? Kemudian anak perempuan Anas menyeletuk,”Betapa tidak malunya perempuan itu!” Lalu Anas menjawab,”Perempuan itu lebih baik daripada kamu”. Ia menginginkan rasulullah, karena itu ia menawarkan dirinya kepada beliau”. (HR. Ibnu Majah).
Sekian dari saya. Andai ada khilaf mohon teguran. Ada pertanyaan sila usulkan. Jazakumullah!

Sumber :
http://harianislam.com/2013/04/01/cara-tackle-pasangan-yang-dibenarkan-syarak/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s