Etika Berzikir


Gambar hiasan

Gambar hiasan

Etika berzikir

Zikir hanya dilakukan oleh orang yang bijak dan sedar. Kerana dengan mengingati Allah dan mengkaji segala ayat-ayat (tanda-tanda) kekuasaanNya, mereka memahami kedudukan mereka di sisi Allah dan peranan yang perlu mereka lakukan sebagai hamba dan khalifah di bumi. Zikir yang paling berkesan adalah yang berbekas kesannya pada hati hingga meresap ke dalam perilakunya. Justeru itu, zikir hendaklah dilakukan dengan sempurna mengikut etika-etika tertentu. Antaranya:

1. Khusyuk
Zikir dilakukan dengan sopan dan berusaha memahami dan menghayati maksudnya hingga terpengaruh hatinya.

2. Memelihara Suara
Zikir hendaklah dialunkan dengan suara yang rendah hingga tidak menganggu orang lain atau sehingga kelihatanb seperti menjerit. Berzikir dengan suara yang perlahan juga membantu hati untuk khusyuk mentadaburkan setiap zikir yang dilafazkan.

3. Merendah Diri
Jangan sekali-kali meninggikan diri ketika berzikir. Sebaliknya isi hati dengan perasaan rendah diri dan penuh pengharapan. Moga-moga Allah mengasihi dan merahmati kita.

4. Bersih Pakaian dan Tempat
Memandangkan zikir yang terkandung dalam al-Ma’thurat ini dipetik daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadits, sewajarnya orang yang hendak membacanya berada dalam keadaan bersih diri, pakaian dan tempat.

5. Seiring dengan Jemaah
Sekiranya dibaca beramai-ramai secara berjemaah, setiap orang hendaklah mengikut bacaan jemaah ini. Jangan sekali-kali membaca terlalu laju hingga meninggalkan orang lain atau terlalu perlahan. Sekiranyaseorang itu lewat memulakan bacaan daripada jemaah, dia hendaklah mengikut bacaan jemaah dan menampung zikir yang tertinggal selepas selesai membaca bersama jemaah.

Wallahu’alam.

One thought on “Etika Berzikir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s