Ketua Wanita Dalam Syurga


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Ketua Wanita Dalam Syurga

Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada mengingatkan kita bahawa setiap benda yang diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini mempunyai perhiasannya yang tersendiri. Perhiasan bagi seornag suami adalah isterinya. Perhiasan dalam rumahtangga adalah anak-anak. Perhiasan bagi hari adalah hari Jumaat. Perhiasan bagi bulan adalah bulan Ramadhan. Perhiasan bagi syurga adalah bidadari. Perhiasan al-Quran adalah surah Yaasin. Perhiasana bagi sekelian malaikat adalah malaikat Jibril AS. Dan perhiasan bagi sekalian nabi dan rasul adalah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .

Sebuah kisah yang hebat di sisi Allah SWT, yang bernama Imam Sufyan as-Thauri. Beliau merupakan seorang hamba Allah yang sangat soleh. Beliau beribadat dan solat dari Subuh ke ‘Isya serta menulis beribu-ribu kitab. Beliau menceritakan, ketika manusia sedang berehar-rehat di dalam syurga, tiba-tiba melintas di hadapan mereka satu cahaya yang menyinar terang. Mereka sangkakan yang cahaya itu adalah Allah SWT, namun ia adalah cahaya dari seorang wanita yang semasa hidupnya sentiasa tersenyum kepada suaminya. Oleh sebab itu, dia layak menjadi penghuni syurga kerana kesolehannya. Betapa beruntungnya wanita, hanya dengan berbakti serta taat kepada suami, mereka layak masuk ke dalam syurga Allah SWT. Suami mereka yang soleh adalah perhiasan bagi wanita solehah (menjadi ketua bidadari) ini di syurga.

Wanita diseru agar menjaga 4 perkara:

  1. Solat
    Solat adalah perkara yang paling sukar dilaksanakan oleh wanita. Wanita yang memiliki anak kecil, mereka terpaksa solat dalam keadaan diganggu oleh anak-anak.
  2. Puasa
    Wanita terpaksa menanggung bebanan yang berganda ketika puasa. Bagi mereka yang bergelar isteri dan ibu sentiasa bergelut dengan kerja rumah.
  3. Faraj
    Menjaga kehormatan diri, menjauhi zina. Dan perhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim.
  4. Suami
    Taat pada suami adalah amalan yang paling sukar bagi seorang isteri. Seandainya seorang wanita itu memiliki suami yang kurang baik akhlaknya, itu adalah ujian bagi mereka.

Ketua Bidadari Dalam Syurga

  • Asiah – Isteri Firaun
    Isteri yang mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab kepada Allah SWT serta keluarganya, dia bersabar dengan segala ujian maka ganjarannya adalah syurga.
  • Maryam – Ibu Nabi Isa AS
    Ibu tunggal atau janda yang berjaya mendidik anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka dia akan mendiami syurga yang diketuai oleh Maryam.
  • Khadijah binti Khuwalid
    Beruntunglah wanita yang bersuamikan lelaki budiman mereka taat pada suami, maka berjaya ke syurga Allah SWT yang diketuai oleh Khadijah, isteri Nabi Muhammas صلى الله عليه وسلم .
  • Fatimah az-Zarah binti Rasulullah
    Bagi gadis yang hanya mempunyai bapa, maka jaga dan kasihilah bapamu kerana kelak Allah SWT akan menganugerahkan syurgaNya yang diketuai oleh Fatimah az-Zarah, puteri Rasulullah.
  • Wallahu a’lam

    Posted from WordPress for BlackBerry.

One thought on “Ketua Wanita Dalam Syurga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s