Malaikat Menjadi Tetamu Kepada Nabi Lut as


Malaikat Menjadi Tetamu Nabi Lut as

Para malaikat meninggalkan Nabi Ibrahim, lalu pergi menuju ke negeri Sodom. Kemudian mereka menjadi tetamu untuk Nabi Lut as, sedangkan baginda tidak mengetahui hakikat mereka itu. Apabila Nabi Lut melihat wajah mereka, baginda merasakan dadanya sangat sempit kerana rupa paras mereka yang terlalu tampan dan baginda takut mereka akan mendapat penganiayaan dari kaumnya.

Namun demikian, baginda berkewajipan menerima tetamu dan menjaga mereka dari segala bentuk penganiayaan dan menolak dari mereka apa yang dibenci. Maka terbayanglah dalam fikiran baginda bahaya-bahaya yang akan diterima akibat menerima mereka sebagai tetamu. Baginda berkata di dalam hatinya: “Ini adalah hari kebencian dan kesetiaan yang sangat kejam.”

Selepas itu tersebar berita di kalangan kaum baginda tentang kedatangan tetamu yang berwajah tampan kepada Nabi Lut. Maka mereka dengan segera menuju ke rumah Nabi Lut dan berkumpul di sekelilingnya untuk melakukan perbuatan keji kepada tetamu-tetamu itu.

Apabila Nabi Lut melihat kaum baginda telah berkumpul di sekitar rumahnya, maka baginda menghalang niat buruk mereka. Kemudian baginda berjanji untuk menyerahkan anak perempuannya kepada pemimpin-pemimpin mereka sebagai ganti dari perbuatan keji kepada tetamu-tetamunya. Dan baginda mengharap semoga ada di antara mereka seorang lelaki yang mengerti dan mendapat petunjuk kebenaran dan berpaling dari kebatilan, lalu menolong baginda di dalam menolak kezaliman kaumnya.

Kaumnya tidak redha mendengar ucapan Nabi Lut, bahkan menjawab: “Sesungguhnya kamu benar-benar tahu bahawa kami tidak mempunyai selera sedikit pun untuk mengahwini anak-anak perempuan kamu, dan sesungguhnya kamu tahu apa yang kami inginkan dengan penuh kepastian.”

Nabi Lut mengemukakan kepada para tetamunya akan bahaya yang mengancam mereka, lalu berkata: “Seandainya kamu sekalian ada bersamaku, bertambahlah kekuatanku sehingga dapat melawan mereka dan aku pasti menjaga kamu semua. Seandainya akau mempunyai penolong dan kaum kerabat yang kuat yang dapat dijadikan sandaran, nescaya aku akan meminta pertolongan mereka untuk menjaga kamu sekalian. Malangnya aku tidak mempunyai jalan untuk melawan mereka demi menjaga kamu sekalian.”

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan.” Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya) , sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu dengan Allah SWT, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telah pun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.” Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).”
(Surah Hud: 11:77-80)

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s