Ajaran Nabi Ayyub as


Ajaran Nabi Ayyub as

1. Sabar Terhadap Dugaan
Dalam kisah Nabi Ayyub as dan tentang peristiwa yang menimpanya, di mana baginda berdoa kepada Allah SWT agar disembuhkan dari penyakit tersebut, kemudia Allah SWT mengabulkan doanya dan menyembuhkan penyakit tersebut, nikmat yang diberikan pula berlipat ganda sesudah lama baginda bersabar.

Semua perkara di atas mengandungi pengajaran yang berfaedah kepada orang-orang mukmin. Nabi Ayyub as adalah contoh tauladan bagi mereka yang ditimpa dugaan penyakit. Renungkan, para nabi sendiri tidak terlepas dari dugaan, malah mereka adalah orang-orang yang paling banyak menerima dugaan.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Orang yang paling berat dugaannya adalah para nabi kemudian orang-orang soleh dan seterusnya. Seseorang akan diduga mengikut ketaatannya dalam agama, jika teguh agamanya, maka akan ditambah dugaan ke atasnya.” (Al-Bidayah wa ‘n-Nihayah, Ibnu Katsir)

Jelaslah bagi kita bahawa dugaan tidak menunjukkan suatu penderitaan kerana kesenangan dan penderitaan bukan merupakan akibat dari kebaikan atau keburukan amalan. Alasannya ialah dunia bukan tempat pembalasan, tetapi merupakan tempat ujian dan ladang bagi akhirat. Buah kesabaran adalah pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.

Perhatikan betapa Nabi Ayyub as terus bersabar malah sentiasa bersyukur walaupun diuji dengan kemusnahan harta dan anak-anak serta penyakit pada tubuhnya. Kerana itu, Allah SWT menyayangi baginda dan menyembuhkan penyakit yang dialaminya, malah memberi ganjaran yang berlipat ganda bagi sesuatu yang hilang baik berupa anak-anak atau harta.

Allah SWT berfirman pada akhir kisah Nabi Ayyub as ini: “…dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.” Maksudnya, sebagai peringatan kepada hamba-hamba Allah SWT untuk bersabar terhadap dugaan sebagaimana kesabaran yang dimiliki oleh Nabi Ayyub as agar turut mendapat kasih sayang Allah SWT samada di dunia mahu pun akhirat. Jika diperhatikan dugaan dan kesabaran Nabi Ayyub as, ia merupakan yang paling hebat pada zaman itu. Andainya manusia mengambil iktibar daripadanya pasti mereka dapat membiasakan diri untuk bersabar dalam menghadapi gelombang dugaan hidup di dunia.

Demikianlah, kesabaran merupakan senjata para nabi dan orang-orang yang bertakwa serta penegak kebenaran. Tiada seorang nabi atau pemimpin pun yang akan berjaya jika tidak memiliki sifat sabar dalam diri.

Perlu diingat dan diberi perhatian bahawa al-Quran sangat menganjurkan umat manusia agar bersabar, malah memuji kesabaran dan mengangkat tinggi kedudukan orang-orang yang bersabar. Perkara ini disebut di dalam al-Quran sebanyak tujuh kali dan merupakan yang terbanyak sekali disebut.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berwasiat tentang sifat sabar dengan sabda baginda:
“Kesabaran itu setengah daripada iman.”

Seterusnya:
“Barangsiapa bersabar, maka Allah SWT memberikan kesabaran padanya, tak seorangpun diberi suatu pemberian yang lebih baik dari kesabaran.”

Peribahasa Arab yang terkenal mengatakan:
“Kesabaran itu kenderaan pertolongan.”

2. Pasrah Kepada Allah SWT
Dalam kisah Nabi Ayyub as, ajaran kepada pasrah adalah doa dan sifat patuh sebagaimana Nabi Ayyub as pasrah kepada Allah SWT. Baginda menyebut asma’ (nama-nama) Allah al-Husna dan sifat-sifat Allah SWT yang mulia sehingga dapat menghilangkan musibah.

3. Kewajipan Berubat
Kisah Nabi Ayyub as juga mengandungi pengajaran supaya wajib berubat, kerana Allah SWT memerintahkan baginda minum dan mandi dengan air yang terpancar dari bawah kakinya. Ini merupakan usaha untuk menyembuhkan penyakit, dan bukan semata-mata dengan doa sahaja tanpa sebarang usaha.

4. Kasih Sayang Terhadap Isteri
Pada akhir kisah Nabi Ayyub as terdapt pengajaran berupa kewajipan untuk menggauli isteri dengan baik. Nabi Ayyub as adalah orang yang berbuat baik terhadap isterinya ketika baginda kaya dan sihat. Isterinya juga melayan baginda dengan baik ketika baginda menderita, walaupun dia pernah melakukan kesilapan yang mengakibatkan Nabi Ayyub as terpaksa bersumpah untuk memukulnya setelah sembuh dari penyakit. Tetapi Allah SWT memerintahkan agar tidak melaksanakan sesuatu dengan sumpahnya hanya untuk menghormati haknya sebagai suami. Oleh itu, Allah SWT memberi keringanan dan kemudahan dalam melaksanakan sumpahan sehingga baginda terlepas dari melaksanakan sumpahan tersebut sebagaimana semestinya.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s