Berusaha Mencari Rezeki


Gambar hiasan

Gambar hiasan

Berusaha Mencari Rezeki

Mencari rezeki adalah diperintahkan oleh Allah الله سبحانه و تعالى‎ , dengan firmanNya yang berbunyi maksudnya:
“Maka berjalanlah di segala penjuru dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya” (Surah al-Mulk: 15)

Demikian firman-Nya yang bermaksud:
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di mukabumi ini, carilah rezeki kurnia Allah” (Surah al-Jumu’ah: 10)

Jaminan rezeki yang Allah الله سبحانه و تعالى‎ berikan kepada hamba-Nya sama sekali tidak bertentangan dengan mengambil sebab atau berusaha. Kerana Allah الله سبحانه و تعالى‎ memberi jaminan dengan rezeki ini, apabila manusia menggunakan potensi yang telah dikurniakan oleh Allah الله سبحانه و تعالى‎ kepadanya, yakni bergerak atau berusaha. Seolah-olah di sana terdapat pendahuluan dan hasil. Iaitu jika manusia yang diberi potensi oleh Allah الله سبحانه و تعالى‎ berupa kemampuan bergerak dan berusaha itu mahu bergerak, maka Allah الله سبحانه و تعالى‎ akan memberikan kepadanya rezeki yang telah ditetapkan untuknya dalam ilmu ghaib. Kerana dia adalah manusia memiliki pilihan dan kehendak. Di sisi lain, dia juga boleh membeku dan menghentikan geraknya.

Gerak dan usaha yang positif adalah dua landasan dalam meraih rezeki dan menikmatinya. Seorang Islam hanya dituntut untuk berusaha, tanpa mengaitkannya dengan hasil, kerana hasilnya ada di tangan Allah الله سبحانه و تعالى‎. Tidak ada seorang pun yang mengetahui rezeki yang ditentukan Allah الله سبحانه و تعالى‎ untuknya, sehingga dia boleh bermalas-malasan dan berpangku tangan, serta menyangka bahawa Alla الله سبحانه و تعالى‎ telah menetapkan dirinya sebagai orang fakir. Kerana ini adalah perkara ghaib, dan yang mengetahui perkara ghaib hanyalah Allah الله سبحانه و تعالى‎. Tetapi anda wajib berusaha menggunakan, serta mendapatkan rezeki dan menyerahkan hasilnya kepada Allah الله سبحانه و تعالى‎.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s