Hukum Berkhadam Kepada Jin


Gambar hiasan

Gambar hiasan

Hukum Berkhadam Kepada Jin

Selalu dipersoalkan orang apakah hukumnya jika seseorang itu menggunakan jin sebagai khadam. Jawapannya, manusia memang boleh menggunakan jin sebagai khadam, bahkan ini banyak berlaku, baik di negara kita Malaysia mahupun di negara-negara yang lain termasuk Afrika dan sebagainya.

Mereka menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti merosakkan orang, menyakiti mereka dan sebagainya.

Sebenarnya, mengapakah jin itu boleh menuruti dan mematuhi arahan dan perintah manusia? Ini berlaku kerana manusia menggunakan azimat, pujaan dan jampi serapah yang boleh membawa kepada syirik dan kufur, sehingga jin kafir sedia berkhidmat semata-mata supaya manusia yang kufur bertambah kufur dan yang beriman akan menjadi kafir. Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Majmul fatawa menyatakan:

Maksudnya: “Mana-mana orang yang boleh mengarahkan jin mematuhi perintah Allah الله سبحانه و تعالى‎ dan Rasul-Nya, beribadat kepada Allah الله سبحانه و تعالى‎ , mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah semulia-mulia wali Allah الله سبحانه و تعالى‎ . Dia juga adalah pengganti para khalifah Rasul dan pembantunya.”

Sekiranya jin itu digunakan untuk tujuan yang harus samalah dengan menyuruh manusia kepada perkara yang harus. Sebagaimana juga para nabi yang dianugerahkan oleh Allah الله سبحانه و تعالى‎ kelebihan mereka, seperti Nabi Allah Sulaiman, Nabi Yusuf, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Isa dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .

Tetapi kalau mereka disuruh untuk melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah الله سبحانه و تعالى‎ dan Rasul-Nya, samada berbentuk syirik, membunuh orang yang tidak berdosa, menyeksa orang sehingga merosakkan otaknya sampai mereka lupa, amalan ini adalah berdosa di sisi Allah الله سبحانه و تعالى‎ .

Samalah juga kalau menolong seseorang supaya kufur maka ia menjadi kafir dan kalau seseorang menolong menganjurkan maksiat maka ia juga dikira melakukan maksiat.

Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, atau menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya, maka kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira sebagai haji Syarie.

Sumber:
Jin: Hakikat & Pengubatan – oleh Dato’ Hj. Ismail Kamus (terbitan Telaga Biru)

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s