Kedekut Antara Sebesar-besar Kebinasaan


Kedekut Antara Sebesar-Besar Kebinasaan

Ketahuilah! Bahawa kedekut itu antara sebesar-besar yang membinasakan.

Firman Allah الله سبحانه و تعالى‎ :
Maksudnya: “Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya” (Surah at-Taghabun)

Dan firman Allah الله سبحانه و تعالى‎ :
Maksudnya: “Janganlah orang-orang yang kedekut itu menyangka dengan apa yang Allah الله سبحانه و تعالى‎ kurniakan kepada mereka adalah limpah kurnia-Nya itu kebaikan bagi mereka bahkan ia kejahatan bagi mereka.” (Surah al-Imran)

Ertinya, mereka jangan menyangka bahawa kedekut mereka itu kebaikan bagi mereka, bahkan kedekut itu kejahatan bagi mereka selagi dijadikan harta yang mereka kedekut itu kalung daripada api neraka pada leher mereka pada hari kiamat.

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
Maksudnya: “Berhati-hatilah dirimu tentang kedekut! Kerana sesungguhnya kebinasaan umat sebelum kamu itu dengan sebab kedekut.”

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
Maksudnya: “Tiga perkara menjadi sebab bagi kebinasaan: Pertama; Kedekut yang dituruti. Kedua: Keinginan yang ikuti. Ketiga: Mengagumi seseorang dengan dirinya.”

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
Maksudnya: “Orang yang pemurah itu, ia hampir daripada Allah الله سبحانه و تعالى‎ , ia hampir daripada manusia, dan ia hampir daripada syurga dan ia jauh daripada api neraka. Dan orang yang kedekut itu, ia jauh dari Allah الله سبحانه و تعالى‎ , ia jauh dari manusia, ia jauh dari syurga dan ia hampir dari neraka. Dan yang jahil yang pemurah, lebih kasih kepada Allah الله سبحانه و تعالى‎ daripada mengerjakan ibadat yang kedekut.”

  • Dan dikehendaki dengan hampir daripada Allah الله سبحانه و تعالى‎ ialah hampir daripada rahmat-Nya dan pahala-Nya
  • Dan dikehendaki dengan hampir daripada manusia ialah kasih mereka itu kepadanya
  • Dan dikehendaki dengan hampir daripada syurga ialah diangkat hijab antaranya dan antara syurga itu
  • Dan dikehendaki dengan jauh daripada Allah الله سبحانه و تعالى‎ ialah jauh daripada rahmat-Nya dan pahala-Nya
  • Dan dikehendaki dengan jauh daripada manusia ialah benci mereka kepadanya
  • Dan dikehendaki dengan jauh daripada syurga ialah banyak hijab antaranya dan antara syurga itu

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s