Mukjizat Para Nabi


Gambar hiasan

Gambar hiasan

Mukjizat Para Nabi

Setiap peribadi Muslim harus yakin bahawa Allah الله سبحانه و تعالى‎ telah mengukuhkan kedudukan para Nabi, dan sentiasa melindungi mereka dengan cara yang tidak boleh dijangka secara tepat. Ini adalah supaya manusia membenarkan dan mengakui bahawa mereka itu adalah Rasulullah dan mahu mengikuti ajaran mereka. Prngukuhan Allah الله سبحانه و تعالى‎ terhadap para Nabi itu merupakan mukjizat yang kadang-kadang disebut sebagai ayat atau bayyinat. Disebut sebagai mukjizat kerana ia merupakan perbuatan-perbuatan yang di luar jangkaan akal manusia ilmu pengetahuan, bahkan nampak bertentangan dengan hukum alam (sunnatullah).

Pada umumnya, mukjizat digunakan dalam erti perbuatan yang melemahkan manusia atau manusia tidak mungkin mampu menirunya. Para sarjana Muslim (ulama) memberikan pengertian bahawa yang disebut mukjizat itu adalah sesuatu yang bertentangan dengan adat (Al Khairiqu li’l Adah) yang diberikan Allah kepada para Nabi sebagai dalil atau bukti yang menunjukkan kebenaran kenabiannya. Mukjizat pada hakikatnya merupakan sesuatu yang mungkin adanya dan manusia tidak mungkin menolak adanya mukjizat itu, bahkan sebaiknya, menerima mukjizat itu secara kukuh.Fakta sejarah telah membuktikan bahawa para Rasul dapat diterima dan diakui oleh umatnya, kerana mereka telah menunjukkan perkara-perkara yang luar biasa yang disebut sebagai mukjizat.(1)

Jenis-Jenis Mukjizat

Mukjizat para Nabi itu pelbagai bentuknya, antara lain:

  1. MukjiatKauniyah, yakni mukjizat yang berupa keajaiban seperti terpancarnya air dari celah-celah batu, yang dipukul oleh Nabi Musa as dengan tongkatnya ketika kaumna kehausan meminta minuman, awan yang memayungi Bani Israel di daerah At Taih dan terbelahnya air laut yang digunakan oleh Nabi Musa untuk melarikan diri dari kejaran Firaun yang kemudian bersambung kembali sesudah baginda dan kaum baginda menyeberanginya.
  2. Akhrabun Ghaibiyah (khabar ghaib), iaitu mukjizat Nabi berupa pengetahuan tentang perkara yang belum pernah baginda lihat, seperti khabar yang disampaikan Nabi Isa as dan kaumnya, baginda dapat menceritakan apa yang dimakan dan apa yang disimpan di rumah kaumnya.
  3. Mukhalifun Li’l Qawanini ‘t-Thabi’yyah, yakni mukjizat Nabi berupa sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam seperti api yang dipergunakan oleh orang-orang kafir untuk membakar Nabi Ibrahim yang terasa sejuk dan nyaman bagi dirinya.
  4. Mukjizat yang berupa keanehan yang terbatas, sesuai dengan perlunya ada mukjizat.

Allah الله سبحانه و تعالى‎ memberi mukjizat kepada Rasul-Nya sesuai dengan keperluan yang dihadapi umatnya untuk membuktikan kebenaran kerasulannya kepada mereka. Mukjizat para Nabi sebelum Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم merupakan perkara-perkara asing. Perkara tersebut berlaku kerana kemampuan berfikir kaum pada masa itu belum begitu matang. Dan mukjizat yang paling sesuai untuk membuktikan kenabian pada masa itu, adalah mukjizat berupa keajaiban-keajaiban sesuai dengan tingkat kebudayaan mereka itu sendiri.

Mukjizat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Perkembangan daya fikir manusia selalu berkembang mengikuti arus perkembangan zaman, sehingga pada zaman. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم kemampuan berfikir manusia telah mencapai kemajuan sedemekian rupa. Kedudukan yang demikian ini bertetapan sekali dengan kehendak Allah الله سبحانه و تعالى‎ untuk menurunkan risalah yang berlaku untuk seluruh umat kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Kemudian Allah الله سبحانه و تعالى‎ mengukuhkan kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan mukjizat yang rasionalk dan abadi berupa al-Quran yang uslub dan balaghahnya dapat melumpuhkan para sasterawan dan kandungan isinya yang berupa petunjuk dan ilmu berpengetahuan dapat melemahkan para ikhwan.

Dengan mukjizat itu cukup bagi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم untuk melemahkan bangsa Arab. Mereka tidak mampu membuat satu ayat pun dari karangan mereka seperti ayat al-Quran. Padahal, mereka adalah sasterawan-sasterawan ulung dan ahli pidato yang mempunyai alat penimbang.

Mukjizat yang ada pada agama Islam sebagai pengakhiran mukjizat merupakan pembimbing umat manusia di dalam mencari, tetapi justeru itu akan mengembalikan, menghayati dan memikirkan tema-tema pembahasan yang terkandung di dalam risalah berupa petunjuk yang terpagar di dalam al-Quran Nur Karim. Pernah sebahagian orang yan tidak berpuas hati terhadap kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menuntut baginda untuk membuktikan dengan beberapa mukjizat.(2) Maka Allah الله سبحانه و تعالى‎ menolak tuntutan mereka dan menyuruh mereka melihat apa yang ada dalam al-Quran, sehingga mereka mendapatkan petunjuk dan dalil-dalil rasional yang mampu menunjukkan kebenarannya sebagai wahyu Illahi.

Firman Allah الله سبحانه و تعالى‎ :

Maksudnya: “Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat(3) dari Tuhannya?” Jawablah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata.”(Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Surah al-Ankabut: 50-51)

Nota kaki:

  • (1) Ada juga perkara yang melampaui adat yang Allah الله سبحانه و تعالى‎ kurniakan kepada orang-orang soleh selain daripada nabi yang disebutkan sebagai karamah. Misalnya sepeti apa yang dikurniakan kepada Maryam, yakni hidangan makanan di tempat ibadatnya, buah-buahan yang biasanya berbuah pada musim sejuk tetapi ada di sisinya pada musim panas dan sebaliknya. Dia hanya menggoyangkan pohon kurma ketika melahirkan Nabi Isa as, sehingga buahnya berjatuhan walaupun sebelumnya ia tidak berbuah sama sekali.
  • (2) Mukjizat selain dari al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ialah memancarkan air dari celah-celah jari baginda, makanan yang sedikit dapat mengenyangkan orang yang ramai, menceritakan perkara yang akan datang, israk Baitul Muqaddis pada malam hari dan sebagainya.

Posted from WordPress for BlackBerry.

One thought on “Mukjizat Para Nabi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s