Tingkat-Tingkat Ibadat


Tingkat-tingkat Ibadat

Tingkat Pertama di mana kedudukan ibadat menjadi paling rendah apabila ia dilaksanakan dengan tidak ikhlas dan sombong. Ini kerana ibadat adalah satu silibus dan tanda seseorang hamba itu menuruti arahan Allah SWT. Sebahagian besar ibadat ini pula jarang mempunyai rasional yang jelas di sebalik perlakuannya, kerana ia sebagai ujian terhadap hamba-Nya.

Terdapat pertikaian yang berlaku di dalam kategori ibadat ini, samada ia diterima atau sebaliknya ileh Allah SWT. Menurut pandangan yang paling jelas, ia bakal ditolak oleh Allah SWT berdasarkan hadis berikut:

“Antara yang terawal diadili pada hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka: Apakah yang kamu telah lakukan (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya: “Aku telah berjuang untuk-Mu (wahai Allah) sehingga mati syahid.”

Dibalas: “Engkau bohong! Kamu hanya berjuang untuk digelar ‘sang berani'”. Maka dikatakan telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya lalu dilontarkannya ke neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua): Apakah yang kamu telah lakukan (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya: “Aku mempelajari ilmu, mengajarkan dan membaca al-Quran kerana -Mu”

Dijawab semula: “Engkau bohong! Kamu mempelajari ilmu agar kamu digelar alim dan kamu membaca al-Quran agar boleh digelar qari”. Maka dikatakan, telah ditarik semula amalan dan dicampakkan ke mukanya serta dilontarnya ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (oorang ketiga): Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya: “Tidak aku dermakan sesuatu kecuali telah aku dermakannya kerana-Mu.”

Dijawab semula: “Engkau bohong! Kamu merndermakannya agar kamu digelar sebagai dermawan”. Maka ditarik semula amalan dan dicampakkan ke mukanya serta dilontarkannya ke dalam neraka. (HR Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah

Islamic Relief

Tingkat kedua, ialah mereka yang melaksanakan ibadat disebabkan ganjaran dan kebaikkan di dunia. Contohnya bersolat kerana mahukan wajah yang berseri selain mentaati Allah SWT, juga mengharapkan pujian dan ganjaran dunia. Namun begitu, semua habuan duniawi itu bukanlah matlamat utamanya, cuma ia sering terdetik dan berkongsi niat antara ketaatan kepada-Nya dan tuntutan duniawi. Mereka seperti ini dianggap berada dalam situasi ‘kronik’ di sisi Allah SWT.

Tingkat ketiga,  ialah mereka yang melaksanakan ibadat semata-mata untuk mencapai redha dan pahala buat belakan mereka di akhirat kelak. Setiap kepesonaan duniawi langsung tidak menjejaskan hati mereka. Bagi yang berada dalam keadaan ini dianggap selamat kerana beribadat hanya kerana Allah SWT, dan itulah isyarat utama pemisah penerimaan sesuatu ibadat secara pasti. Pun begitu, tahap ini masih dikira kedudukan rendah kerana seluruh ibadat dilakukan secara terpaksa, jerih dan payah serta mujahadah.

Tahap tertinggi ibadat apabila seseorang itu melaksanakannya dengan rendah diri, cinta dan tanggungjawab. Mereka melakukannya dengan rasa khusyuk dan gembira sebagaimana baginda menemui ketenangan dan keseronokkan ketika solat.

Golongan ini akan terselamat sekiranya mampu istiqamah dalam keikhlasan niat dan ketepatan ibadat seperti yang ditentukan ooleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Allah SWT mengingatkan:

Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalan (menjalankan) agama” (Suran az-Zumar: 11)

Sabda baginda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menerima amalan kecuali lakukan dengan ikhlas dan berkeinginan kepada wajah-Nya” (HR Bukhari, no 197, Kitab al-Ilm

Ibn Qayyim berkata:

“Amala tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengna kerikil pasir. Memberatkanna tapi tidak bermanafaat.”

Islamic Relief

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s