Fitrah Hidup, Datang & Pergi


ingat mati

 

Akhir hidup ialah kematian, dan kita diminta melihat kematian sepertimana yang diperintahkan Allah S.W.T untuk kita melihatnya. Kematian dalam Islam bukanlah satu pengakhiran, sepertimana yang difahami ramai manusia. Sebenarnya mati merupakan permulaan kehidupan yang tidak lagi ada kematian selepasnya. Hidup sebelum mati itu penting, tetapi hidup selepas mati itu lebih hakiki dan abadi. Mati pada hakikatnya hanyalah satu proses perpindahan ke satu dunia lain. Sebagaimana proses kelahiran yang memindahkan kita dari alam rahim ke alam dunia, proses kematian pula memindahkan kita dari dunia ke alam barzakh.

Namun, sayangnya kita lebih banyak membuat persiapan menyambut kelahiran berbanding kematian. Sebab itu ada gurauan sinis yang mengatakan bahawa.. “Manusia lebih berminat membincangkan berkenaan kain lampin berbanding kain kapan”. Perkara perkara lain dalam kehidupan seperti kelahiran, perniagaan, perkahwinan bukanlah sesuatu yang pasti, tetapi kematian adalah satu kepastian bagi setiap yang bernyawa..

Apabila berlaku kematian, kita sebut,

innalillah

 

yang bermaksud,

“Daripada Allah kami datang, dan kepada Allah kami akan dikembalikan.”

Jadi, jika kita tahu kita akan kembali kepada Allah, adakah kita melupakan persiapannya? Kita perlu buat persiapan dan persediaan. Inilah kesan positifnya. Kita akan memperbanyakkan ibadah ibadah asas, sunat dan umum.

Kita juga akan menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Kita juga akan bekerja bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa. Allah S.W.T yang kita akan jumpa menyukai hanya yang terbaik, oleh itu kita perlu itqaan (memberi yang terbaik) dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, tidak kiralah sama ada pekerjaan berkaitan hubungan dengan Allah mahupun hubungan dengan manusia. Kita akan sentiasa memperelokkan perkerjaan jika kita sentiasa ingat mati, kerana kita sedar pekerjaan tersebut akan dipersembahkan kepada Allah S.W.T nanti.

Jadi, ternafilah pendapat yang mengatakan jika ingat mati, orang akan jadi tidak bersemangat, tidak produktif dan tidak memberi kerja berkualiti. Sebaliknya, ingat mati akan membantu meningkatkan produktiviti seseorang.

SETIAP MUKMIN sepatutnya ingatkan mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya Al Bidayah Wa An Nihayah mengatakan bahwa MALAIKAT MAUT akan menjengok manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu… Oleh kerana rahmat Allah s.w.t., maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu…. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia.

Antaranya ialah :-

* Dengan mengingati kematian, hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhaan dan keikhlasan…

* Dengan mengingati kematian, membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini, kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti…

* Dengan mengingati kematian, manusia akan meninggalkan segala maksiat, kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia, ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti…

* Dengan mengingati kematian, akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan…. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya, dan di tempat manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut…

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal, sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi…. Tapi bukan dengan cara yang haram, seperti mengamalkan riba, rasuah, mencuri, merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi…

* Dengan mengingati kematian juga, menyebabkan manusia akan RAJIN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam menjalankan tugas hariannya…. Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan bersungguh-sungguh adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala…..

Mati itu pasti, dan sesuatu yang pasti itu adalah hampir. Dalam Islam, detik kematian kita telah ditentukan ketika kita masih dalam rahim lagi. Tetapi kita tidak tahu bila ianya akan berlaku, tetapi apa yang nyata adalah dengan setiap detik yang berlalu, kita semakin menghampiri detik kematian yang telah ditentukan. Oleh sebab itu ketika sambutan ulang tahun kelahiran, kita sebenarnya semakin dekat mengampiri detik kematian. Umur kita sebenarnya seumpama jam pasir yang terus-menerus mengalir, semakin lama, semakin berkurangan.

Saya teringat satu perumpamaan yang amat mengujakan ketika saya kecil dahulu..  “Kematian itu pasti dan kita tak dapat menentukan bilakah detiknya?”.. Tamsilannya seperti pokok kelapa, bila-bila masa saja mayangnya, bunganya atau buahnya yang muda atau tua boleh gugur. Begitulah juga dengan kita, tak kira umur berapa pun boleh mati. Cuba perhatikan sekeliling, ramai orang tua atau orang muda?.. Biasanya kita akan nampak orang tua sedikit. Apa maknanya?.. Ramai orang muda mati dahulu sebelum sempat tua, sebab itulah sedikit sahaja golongan tua yang tinggal. Oleh itu, kita semua perlu mengambil peringatan.

Dalam Islam mengingati mati merupakan sifat mahmudah yang terpuji. Diriwayatkan bahawa para sahabat sering mengingati mati dan ada yang mengingati mati 70 sehingga 100 kali sehari. Nabi SAW bersabda, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah,

“Aku bersama Rasul SAW dan kemudian datang seorang lelaki daripada kaum Ansar dan memberi salam kepada Rasul SAW, dan bertanya,

“Siapakah mukmin yang terbaik?”

Nabi SAW menjawab,

“Mereka yang terbagus akhlaknya”.

Kemudian lelaki Ansar itu bertanya lagi,

“Siapakah mukmin yang tercerdik?”

Nabi SAW menjawab,

“Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik adalah mereka yang melakukan persiapan untuk kehidupan selepas itu.”

APABILA ROH kita dicabut, tiada guna segala harta dunia, kereta mewah, rumah besar, isteri yang cantik, pangkat yang tinggi, harta bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat, kecuali AMALAN YANG SOLEH soleh sahaja, yang akan BERSAMA SAMA kita di dalam kubur yang sempit, sunyi dan gelap… TIDAK ADA RAKAN RAKAN KARIB, TINGGALLAH ISTERI YANG CANTIK, TINGGALLAH ANAK-ANAK, TINGGALLAH FACEBOOK, TINGGALLAH TWITTER, DAN LAIN LAIN LAGI… SIAPAKAH YANG AKAN MENEMANI KITA…. Maka Fikir Fikirkan Lah…..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila meninggal nya seorang anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara yang dapat membantunya (1) Sedekah jariah yang ikhlas dilakukan waktu hidup didunia (2) atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain (3) atau doa dari anak anak yang soleh untuknya.”  (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain lainnya)

 

Sumber:

FITRAH HIDUP ; DATANG DAN PERGI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s