Hadis 21

أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.

Daripada Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Makna Istiqomah :

  • perbetulkan aqidah – beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
  • (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan – beriltizam. (Fusshilat : 30).

2) Kelebihan Istiqomah :

  • diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
  • diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
  • dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
  • didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).

3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
– perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).

  1. i) Istiqomah Hati :
    – sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
  2. ii) Istiqomah Lidah :
    – sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
    – sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Pengajaran hadis:

  1. Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
  2. Istiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
  3. Istiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
  4. Iman dan Islam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya  tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s