Hadis 22

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله
فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته،
ومعنى أحللت الحلال فعلته معتقدا حله.

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) – menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi tentang hadis ini.

2) Menunaikan Solat Fardhu :

  • wajib berjamaah di masjid – pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
  • solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) – kalau mereka tahu fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.

3) Wajib puasa Ramadhan

4) Yakin – mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah – hukumnya kufur

5) Yakin – menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah – hukumnya kufur.

6) Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan:

  • Antaranya maksiat, dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :
    i) Larangan (nahyu) – misal (Hujuraat : 12 )
    ii) Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) – (Aali ‘Imran : 77 ).
    iii) Lafaz tahrim – An-Nisaa’ : 23 ) .

7) Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah – dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di
dunia dan di akhirat – sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.

Pengajaran hadis:

  1. Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalanamalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
  2. Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.
  3. Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s