Doa Murah Rezeki


Faithful praying towards Makkah; Umayyad Mosqu...

Image via Wikipedia

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah “Doa Murah Rezeki”.

Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Baqara – 2:186

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:

1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Maidah – 5:114

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”.

2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah at-Taubah – 9:129

Maksudnya: “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

3. Doa Semoga Beroleh Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Hud – 11:6

Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Fathir – 35:2

Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah al-Qasas – 28:24

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.

9. Doa Murah Rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah asy-Syuara – 42:19

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah at-Talaq – 65:7

Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

About these ads

26 thoughts on “Doa Murah Rezeki

  1. “Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap

  2. Ya Allah ku pohon padamu, kau berikan kepadaku rezeki yang halal; untuk ku menjelasan hutang2ku, kau berkatilah segala usaha2 suamiku untuk mencari rezeki., amin

  3. saya minta izin copy entry ini sepenuhnya utk perkongsian sesama saudara Islam…
    semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt.
    Amin.

  4. Sesiapa bertawakal kepada Allah,maka Allah mempermudahkan baginya urusannya dan mengurniakan baginya rezeki daripada sumber yang tidak disangka2..Aminn

  5. Sesungguhnya saya hamba yang hina ini kini hidup di dalam sengsara kerana berhutang dengan ahlong2 cina laknatullah. Saya sudah tidak berkemampuan untuk mambayar interest2 yang dikenakan dan kini hutang saya telah meningkat menjadi 30K. Diketika kesengsaraan ini hanya Allah tempat mengadu. Siang malam menangis memohon keampunan serta merayu dan mengharapkan belas kasihan Allah agar diketemukan jalan bagi memperolehi kewangan agar dapat menjelaskan hutang2 ahlong ini dan dapat membebaskan diri ini dari segala ketakutan akibat dimaki dan diugut oleh ahlong2 ini. Saya memohon agar sahabat2 semua dapat sama2 mendoakan saya agar Allah mendatangkan rezeki yang tidak diduga kepada saya sehingga dapat saya menyelesaikan semua2 hutang ini. Semoga Ramadhan yang akan datang ini dapat memberi cahaya kehidupan baru kepada saya dan keluarga. Ya Allah ampuni dosa hambamu yang hina ini dan kau bukalah seluas-luas pintu rezeki kewangan buat ku hingga dapat aku membebaskan diriku dari belenggu hutang yang membebankan ini. Amiin Ya Robbal’alamin.

  6. Ya Allah, berikanlah hamba mu yang lemah ini, dimurahkan rezeki(dapat dimasukkan kolej) supaya dapat membuat ibu Dan bapaku bahagia….. Sedih melihat mereka Sedih….Amin :,(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s