sekali lagi aku ber”Dialog”


assalamualaikum,

hampir 2 minggu aku tidak menulis, aku begitu sibuk dengan urusan peribadiku. justeru malam ini aku ada sedikit kelapangan jadi aku mengambil kesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis. sebenarnya banyak yang terjadi perkara dan isu yang timbul sejan kebelakangan ni. salah satu isu yang sehingga ke hari ini dan mungkin tidak akan aku lupakan untuk seumur hidup ku adalah …. begini ceritanya, pernah sebelum ini aku menulis berkenaan satu kejadian yang terjadi terhadap isteriku, dan perkara tersebut kembali lagi sekali lagi.. dan kali ini lebih hebat dari yang permulaannya …

begini ceitanya ….

sedang aku melayari internet, tiba-tiba isteriku mengadu kesejukan.. kemudian aku terlihat perubahan pada diri isteriku, beliau kelihatan duduk di sudut katil sambil tersenyum simpul. pada mulanya aku tidak mengesyaki apa-apa, namun apabila anak ke-2 aku bertanya tentang kerja rumah beliau, isteriku hanya diam, dan tersenyum. lantas aku menyuruh anakku masuk ke bilik.

sesudah anakku masuk ke bilik, aku terus mendapati isteriku, pada ketika itu beliau sudahpun terbaring sambil meletakkan lengan kiri beliau di atas dahi… apa lagi aku memberanikan diri terus mencapai talipon bimbitku dan terus membuat rakaman video sebagai bahan bukti untuk aku menceritakan semula pada isteriku apabila beliau sedar kelak…

hampir 2 jam aku berdialog dengan “Isteriku” … antara dialognya:

aku: “saper name? name saper?”
isteriku: “salmah….”
aku: “betul ke salmah? tak komersial langsung, salmah … harus .. tak percaya langsung …
(sempat juga aku bergurau, walaupun sebenarnya aku di dalam ketakutan)
isteriku: “balqis …”
aku: “haaaaaa…. balqis, sedap pun, bleh saya panggil qis?”

isteriku hanya mngangguk .. kemudian aku bertanya apakah tujuan “dia” inginkan dengan isteriku, lalu “dia” menjawab sebenarnya “dia” ingin berkawan dengan isteriku, “dia” sudah lama memerhatikan isteriku di dalam kesedihan, oleh itu “dia” ingin meringankan penderitaan isteriku…

sebenarnya, “dia’ telah lama memerhatikan keluargaku, cuma belum tiba masanya.. ada beberapa bulan yang lepas aku telahpun melakukan satu kesalahan yang besar terhadap isteriku dan tidak manis untuk aku menceritakan di sini… secara tidak langsung aku telahpun membuatkan isteriku ….

ada “dia” berdialog dengan isteriku, sepanjang “dia” berdialog bersama isterku, isteriku mengalirkan air mata… ada juga aku bertanya pada “dia” samada “dia” adalah dari kalangan Islam atau tidak, dan “dia” mengaku bahawa “dia” adalah di kalangan Islam..  ada “dia” bertanya kepadaku, samada aku membenarkan “dia” berkawan dengan isteriku, lantas aku memberitahu bahawa amat sukar bagiku untuk membuat keputusan, kerana aku adalah seorang Muslim, di mana aku takut jika aku membenarkan, maka jatuh Syirik, .. namun aku memberitahu bahawa aku tidak melarang, namun aku tidak menggalakkan …. kerana aku takut secara tidak sengaja aku akan mensyirikkan Allah ….

entah la.. aku sendiri tidak pasti mengapa ini semua terjadi… aku juga aku menghubungi seorang sahabat lama aku di kampung, beliau sekarang seorang ustaz, beliau memberitahu padaku, jika isteriku kelihatan seperti sesuatu yang tidak kena, cepat2 menyuruh isteriku membaca ayat Kursi ataupun Istigfar sebanyak mungkin … namun sehingga kini masih lagi tertanya-tanya mengapa ia harus jadi begini…

Tinggalkan komen